SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA\

Sunday, 21 December 2008

REFLEKSI 2 : AL-QUR’AN DI DALAM AL-QUR’AN

'
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !
BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim
'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma

'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,
WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

'
Firman Allah subhanhu wata'ala;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (٢١) ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَٲشً۬ا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً۬ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ رِزۡقً۬ا لَّكُمۡ‌ۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٢) وَإِن ڪُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٍ۬ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٣) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ‌ۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَـٰفِرِينَ (٢٤

SURAH AL-BAQARAH: 21 – 24

TERJEMAHAN:
"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa. (21) Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kamu mengetahui. (22) Dan jika kamu [tetap] dalam keraguan tentang Al Qur’an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami [Muhammad], buatlah satu surat [saja] yang semisal Al Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. (23) Maka jika kamu tidak dapat membuat [nya] dan pasti kamu tidak akan dapat membuat [nya], peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. (24)"

ENGLISH TRANSLATION:
"O mankind! worship your Lord, Who hath created you and those before you, so that ye may ward off (evil). (21) Who hath appointed the earth a resting-place for you, and the sky a canopy; and causeth water to pour down from the sky, thereby producing fruits as food for you. And do not set up rivals to Allah when ye know (better). (22) And if ye are in doubt concerning that which We reveal unto Our slave (Muhammad), then produce a surah of the like thereof, and call your witness beside Allah if ye are truthful. (23) And if ye do it not - and ye can never do it - then guard yourselves against the Fire prepared for disbelievers, whose fuel is of men and stones. (24)"

RINGKASAN REFLEKSI MAKSUD:
1. Allah subhana-hu-wata’ala menyeru manusia agar mengabdikan diri dan menyembahNya.
2. Dia yang Maha Mencipta telah mencipta mereka dan manusia-manusia lain sebelum mereka. Supaya dengan berbuat demikian maka manusia akan kemudiannya akan mendapat nikmat taqwa kepadaNya.
3. Allah subhana-hu-wata’ala menyatakan bahawa Dialah yang menjadikan bumi ini terbentang sebagai hamparan untuk manusia bagi memudahkan kehidupan mereka dan langit sebagai atap untuk melindungi mereka. Dia menurunkan air hujan dari langit lalu dengan air hujan itu Dia menghasilkan segala buah-buahan dan hidupan-hidupan lain sebagai rezeki untuk kegunaan manusia dan kemanusiaan.
4. Kerana itu, Allah subhana-hu-wata’ala melarang manusia dari mengada-adakan sekutu bagiNya sedangkan mereka mengetahui bahawa tidak ada yang mampu berbuat dan mencipta sebagaimana Dia yang Maha Agung menciptakan dan berterusan menciptakan dan memberikan kehidupan kepada manusia dan kemanusiaan.
5. Allah subhana-hu-wata’ala menyatakan bahawa jika manusia tetap pula dalam keraguan tentang AL-QUR’AN yang telah diwahyukanNya kepada hambaNya Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam maka mereka dicabar untuk membuat SATU SURAH SAHAJA yang sebanding dengan mana-mana Surah yang ada di dalam AL-QUR’AN. Mereka diseru untuk mengajak penolong-penolong mereka selain dari Allah subhana-hu-wata’ala bagi mencipta satu surah yang sebanding dengan SATU SURAH SAHAJA DI DALAM AL-QUR’AN jika mereka adalah dari orang-orang yang benar.
5. Allah subhana-hu-wata’ala menegaskan kemudiannya bahawa jika manusia tidak dapat membuatnya, dan memang sudah pastinya manusia itu tidak akan mampu membuat walaupun satu surah yang sebanding dengan surah yang ada di dalam AL-QUR’AN, maka mereka diingatkan supaya memelihara diri mereka dari neraka jika mereka mengingkari Al-QUR’AN.
6. Al-QUR’AN adalah wahyuNya kepada Nabi Muhammad salAllahu-‘alaihi-wassalam yang mesti mereka ikuti dan mereka tidak mempunyai sebarang pilihan lain.
7. Neraka yang sedang menunggu itu bahan bakarnya adalah manusia dan batu, dan neraka itu disediakan bagi mereka yang ingkar kafir terhadap AL-QUR’AN dan RasulNya.

Tanggungjawab mereka yang bertaqwa dari Kaum Muslimin iaitu para penolong-penolong Allah subhana-hu-wata’ala dan RasulNya Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam adalah untuk mencabar mereka yang ingkar kepada kebenaran Al-QUR’AN agar membuat SATU SURAH SAHAJA yang sebanding dengan mana-mana Surah yang ada di dalam AL-QUR’AN. Dan jika mereka masih ingkar mereka diingatkan supaya memerhati keagungan ciptaanNya yang tiada tuhan-tuhan yang mereka sekutukan atau menjadikan tandingan dengan Allah subhana-hu-wata'ala dapat menciptakan. Mereka diberi amaran untuk memelihara diri mereka dari neraka kerana keingkaran mereka itu.

SadaqaLlahul Maulan al-‘Adziiim
'
WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah
Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin

'
"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-QUR’AN]"
(38: Al-An’aam)
'
AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI
25hb Zulhijjah 1429 H (23hb Disember 2008M)
,

0 comments: