SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA\

Saturday, 27 December 2008

REFLEKSI 4 : AL-QUR’AN DI DALAM AL-QUR’AN

'
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !

BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim
'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma

'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,
WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

'
Firman Allah subhan-hu-wata'ala;
يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَوۡفُواْ بِعَہۡدِىٓ أُوفِ بِعَهۡدِكُمۡ وَإِيَّـٰىَ فَٱرۡهَبُونِ (٤٠) وَءَامِنُواْ بِمَآ أَنزَلۡتُ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا مَعَكُمۡ وَلَا تَكُونُوٓاْ أَوَّلَ كَافِرِۭ بِهِۦ‌ۖ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِـَٔايَـٰتِى ثَمَنً۬ا قَلِيلاً۬ وَإِيَّـٰىَ فَٱتَّقُونِ (٤١) وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٤٢) وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ (٤٣) ۞ أَتَأۡمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلۡبِرِّ وَتَنسَوۡنَ أَنفُسَكُمۡ وَأَنتُمۡ تَتۡلُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ‌ۚ أَفَلَا تَعۡقِلُونَ (٤٤) وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ وَإِنَّہَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِينَ (٤٥) ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّہُم مُّلَـٰقُواْ رَبِّہِمۡ وَأَنَّهُمۡ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ (٤٦)

SURAH AL-BAQARAH: 40 - 46

TERJEMAHAN:
“Hai Bani Israil ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut [tunduk]. (40) Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan [AL-QUR'AN] yang membenarkan apa yang ada padamu [Taurat], dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa. (41) Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedang kamu mengetahui. (42) Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku’lah beserta orang-orang yang ruku’. (43) Mengapa kamu suruh orang lain [mengerjakan] kebaikan, sedang kamu melupakan diri [kewajiban]mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab [Taurat]? Maka tidakkah kamu berpikir? (44) Dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan [mengerjakan] shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (45) [yaitu] orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya. (46)”

ENGLISH TRANSLATION:
“O Children of Israel! Remember My favour wherewith I favoured you, and fulfil your (part of the) covenant, I shall fulfil My (part of the) covenant, and fear Me. (40) And believe in that which I reveal (the Qur’an), confirming that which ye possess already (of the Scripture), and be not first to disbelieve therein, and part not with My revelations for a trifling price, and keep your duty unto Me. (41) Confound not truth with falsehood, nor knowingly conceal the truth. (42) Establish worship, pay the poor-due, and bow your heads with those who bow (in worship). (43) Enjoin ye righteousness upon mankind while ye yourselves forget (to practise it)? And ye are readers of the Scripture! Have ye then no sense? (44) Seek help in patience and prayer; and truly it is hard save for the humble-minded, (45) Who know that they will have to meet their Lord, and that unto Him they are returning. (46)”

RINGKASAN REFLEKSI MAKSUD:
1. Allah subhana-hu-wata’ala menyeru Kaum Bani Israel agar bermuhasabah dengan mengingati dan mensyukuri nikmat kecintaanNya yang telah dianugerahkanNya kepada mereka iaitu nikmat petunjuk dan cahaya Wahyu serta Nubuwwah dariNya yang telah diberikan oleh Allah subhana-hu-wata'ala hampir sebahagian besarnya kepada mereka. Nikmat-nikmat itu adalah Kitab-Kitab dan Rasul-Rasul 'alaihi mussalatu wassalam yang datang dari keturunan Kaum Muslimin Millah Ibrahim yang terpilih dari kalangan mereka melalui jalan Nabi Ishaq 'alaihissalam.
2. Maka adakah lagi nikmat yang lebih besar dari NIKMAT WAHYUMU.. Oh Tuhanku... Ya Rabbi Ya Kariim !. Sudah pasti tiada lagi wahai Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. !!. "Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya [dengan menyebarkannya dan menghayatinya dengan bersungguh-sungguh]" (Ad-Dhuha).
3. Sebagai bukti kesyukuran atas nikmat petunjuk dan cahaya Wahyu serta Nubuwwah dariNya, Kaum Bani Israel diminta supaya kemudiannya memenuhi janji-janji mereka untuk berpegang teguh kepada Wahyu Allah subhana-hu-wata'ala yang diberikanNya kepada mereka melalui Nabi Musa 'alaihissam; Kitab Taurat, dengan tunduk mengabdikan diri hanya kepadaNya serta beriman dan menolong Rasul-RasulNya 'alaihimussalatu wassalam; termasuk Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam yang namanya disebut di dalam Taurat.
4. Allah subhana-hu-wata'ala kemudiannya berjanji bahawa jika mereka memenuhi janji-janji mereka denganNya untuk berpegang teguh kepada WahyuNya maka Allah subhana-hu-wata'ala akan pula memenuhi janjiNya menambahkan nikmat-nikmat lain kepada mereka. Demikianlah sunnatuLLah.
5. Sebagai tanda bukti kesediaan mereka bersyukur dan memenuhi janji, Allah subhana-hu-wata’ala meminta mereka supaya beriman kepada AL-QUR’AN yang membenarkan Taurat, dan mereka tidak sepatutnya menjadi orang yang pertama-tamanya kafir kepada AL-QUR’AN itu.
6. Tetapi, apa yang berlaku adalah di sebaliknya, sebahagian besar Ahl Kitab Bani Israel berbuat makar terhadap WahyuNya yang muktamad; Al-QUR'AN. Mereka menukarkan ayat-ayatNya yang termaktub di dalam Taurat dengan merubahnya disebabkan nafsu kedengkian mereka yang rendah hanya kerana mereka tidak mahu menerima Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam yang datang dari Kaum yang lain.
7. Kaum Bani Israel diminta tidak mencampur adukkan yang haq dengan yang batil dan menyembunyikan yang haq (keterangan yang ada di dalam Taurat tentang kedatangan Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam) sedang mereka mengetahuinya.
8. Mereka diminta untuk tunduk kepada Agama Islam dan bersama-sama dengan Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam dengan mendirikan solat, menunaikan zakat, tunduk ruku’ bersama mereka-mereka yang lain yang beriman, melaksanakan kebaktian yang mereka seru kepada orang lain serta menjadikan sabar dan solat sebagai penolong mereka.
9. Dinyatakan bahawa solat itu amat berat kecuali bagi mereka yang khyusu’, iaitu; mereka yang yakin akan hari pertemuan dan kembalinya mereka kepada Allah subhana-hu-wata’ala. Bahawa setiap kita datangnya dariNya dan kepadaNya jualah kita pasti akan kembali.
'
SEDIKIT PENAMBAHAN :
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. (86) Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang [AL-FATIHAH] dan AL-QUR'AN yang agung. (87)" (Surah Al-Hijr)
'
Dari Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahuLlah (Kitab Jawahirul Qur'an), "Sesungguhnya Surah Al-Fatihah merupakan pembuka Al-QUR'AN dan sekaligus KUNCI SYURGA. Mengapa disebut kunci, kerana pintu-pintu syurga itu ada lapan, dan intipati Al-Fatihah sendiri kembali kepada lapan makna."
'
Imam Jalaluddin As-Suyuuti rahimahuLlah di dalam Kitabnya Al-Itqaan ada menyebut hadith dari Jabir bin Abdullah radhiaLlahu 'anhu; "Pada Fatihah Al-Kitab terdapat penyembuh bagi setiap penyakit" (Riwayat Al-Baihaqi), dan, dalam satu lagi riwayat, "... penyembuh bagi setiap penyakit kecuali kematian" (Riwayat Al-Khal'i; Kitab Al-Fawaa'id).
'
Melihat kepada keagungan AL-FATIHAH berdasarkan Al-QUR'AN dan SUNNAH, maka tidak sia-sia jika kita beramal dengannya kerana ianya adalah kunci kepada pintu kebahagiaan ukhrawi dan duniawi kita. AL-FATIHAH sentiasa menjadi asas dalam sebarang amalan Islami di samping BismiLlah. Di antaranya ialah pengulangan yang dibuat sebanyak 7 kali bersama salawat kepada Baginda RasuluLlah salAllahu-’alaihi-wassalam (sebagai contoh Selawat Tafrijiyyah) yang dibacakan kepada setiap air yang hendak diminum dan sebagainya. Demikianlah amalan sesetengah mereka yang terbukti sungguh baik samaada untuk manfaat kesihatan fizikal dan apatah lagi kekuatan spiritual dan nurani kita, insya-Allah !!. La hawla wala quwwata illa bilLah !. Segala-galanya adalah upaya kita yang tidak lain mengharapkan limpahan rahmat dariNya melalui kemuliaan QalamNya yang Qadim lagi Azali serta disokong dengan kemuliaan UtusanNya yang merupakan rahmatan-lil-alamiin, Sayyidina wa Maulana Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam, insya-Allah !!.
'
Sekadar berkongsi sekelumit pengalaman diri untuk manfaat bersama berdasarkan sumber yang haq. Semoga ada kebaikannya untuk dijadikan sandaran hidup, insya-Allah !!.
'
ِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
'
Maksudnya:
'
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang menguasai hari pembalasan (5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, [yaitu] jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni‘mat kepada mereka; bukan [jalan] mereka yang dimurkai [orang-orang yang mengetahui kebenaran dan meninggalkannya], dan bukan [pula jalan] mereka yang sesat [orang-orang yang meninggalkan kebenaran karena ketidaktahuan dan kejahilan]. (7)
'
:) ALLAHUMA-AMIIN !! :)

'
SadaqaLlahul Maulan al-‘Adziiim
'
WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah
Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin

'
"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-QUR’AN]”
(38: Al-An’aam)
'
AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI
29hb Zulhijjah 1429 H (27hb Disember 2008M)

3 comments:

poortroopaskrich:) said...

Assalamualaikum sdr korban demokrasi:

Maha Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung di atas!!

Al-Quran adalah pemisah antara haq dan batil.



Al fatihah sememangnya seperti yang dikatakan Nabi Umm Al-Qur'an yang Allah janji pada makhluqnya yang beriman agar bukan sahaja dibaca malahh diamalkan dalam kehidupan seharian..

"Allah tidak menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi ia berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu berterimakasih." (al-Maidah: 6)

Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT Yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita dan seandainya kita diminta menghitungnya, pastinya kita tak akan mampu melakukannya. Dan, kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita, iaitu Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab, ramai orang yang diberi kenikmatan hidup, tetapi tidak semuanya mahu memeluk Islam. Tetapi, kenikmatan yang lebih besar lagi, yang diberikan kepada kita ialah wujudnya dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam ini sampai kepada kita. Dua perkara inilah yang tidak semestinya kita lupakan. Iaitu, dakwah Islam dan orang-orang yang memikulnya, sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.



Letak kekuatan dan rahsia kalimah ini ada di dalam hati. Yakni perasaan yang menempatkan Allah Yang Maha Terpuji – Yang Maha Kudus, Yang Maha Tinggi Namanya, Yang Maha Mulia, tiada Rabb selain Dia – sebagai satu-satunya nama dalam cinta dan pengagungan, dalam takut dan harap, dalam tawakal dan taubat, serta dalam segan dan malu. Tidak ada seorang pun yang dicintai selain Dia. Dan kecintaannya kepada selain Allah merupakan konsekuensi dari kecintaannya kepada Allah, dan dijadikan sebagai alat untuk semakin banyak mendapatkan cintaNya.

Hanya Dia yang ditakuti dan diharapkan. Hanya Dia tempat bertawakal, bertaubat, segan dan malu. Hanya dengan namaNya sumpah boleh diucapkan. Hanya perintanNya yang mesti ditaati. Hanya Dia tempat meminta pertolongan dalam segala kesulitan sekaligus tempat mengajukan apa saja. Hanya kepadaNya kita bersujud, dan tidak boleh menyembelih kecuali dengan menyebut namaNya.Siapalah kita tanpaNYA

Firman Allah SWT :

Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al A’raaf : 157)


“Dia (Allah) telah mensyari’atkan bagi kamu tentang Ad-Dien, apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa, yaitu:

“Tegakkanlah Ad-Dien dan janganlah kamu ber pecah-belah di tentangnya.”

Berat bagi musyrikin menerima apa yang engkau serukan kepada mereka itu. Allah menarik kepada Ad-Dien itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petun juk kepada (Ad-Dien)-Nya orang yang kembali kepada-Nya.”

(QS.Asy-Syura:13)

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah SWT. dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.”

(Q.S. Al Maidah: 49)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepadaKu”(QS adz-Dzaariyaat:56)

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا

“Tidaklah patut bagi mukmin dan tidak pula bagi wanita mukmin, jika Allah da rasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, ada pilihan yang lain tentang urusan mereka. Barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya, sesungguhnya dia telah benar-benar tersesat.”
(QS al-Ahzab:36)

poortroopaskrich:) said...

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mu'min ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon,

maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka

lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.

(QS Al-Fath: 18)

KorbanDemokrasi said...

My Dearest Sahabat poortroopaskrich;

Saya tidak ada apa lagi yang hendak ditambah dengan pandangan yang diberi yang alhamduliLlah menepati juga inti nurani hamba yang faqir ini.

Terimakasih dan syukur atas sokongan yang tidak putus-putus diberi dan di mana-mana jua medan atau gelanggang yang diceburi. Saya percaya itu datang dari rasa YU-HIBBUHUM WA YUHIBBU NAH yang kembali berpaksi kepada hubb terhadapNya dan RasulNya.

Saya doa'kan kekuatan, kesejahteraan dan semoga sdr dilindungiNya selalu, insyaAllah !! Allahuma Amiiin..

TOKPAKIRKORBANDEMOKRASI