SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA\

Saturday, 17 January 2009

REFLEKSI 8 : AL-QUR’AN DI DALAM AL-QUR’AN

'

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !


BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim

'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa

Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma

'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,

WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

'

Firman Allah subhanhu wata'ala;

إِنَّآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ بِٱلۡحَقِّ بَشِيرً۬ا وَنَذِيرً۬ا‌ۖ وَلَا تُسۡـَٔلُ عَنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡجَحِيمِ (١١٩) وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ (١٢٠) ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَـٰهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ يَتۡلُونَهُ ۥ حَقَّ تِلَاوَتِهِۦۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُؤۡمِنُونَ بِهِۦ‌ۗ وَمَن يَكۡفُرۡ بِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (١٢١)

SURAH AL-BAQARAH: 119 - 121

TERJEMAHAN:

“Sesungguhnya Kami telah mengutusmu [Muhammad] dengan kebenaran; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan diminta [pertanggungjawaban] tentang penghuni-penghuni neraka. (119) Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah [Al-Qur’an] itulah petunjuk [yang benar]". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu [melalui Al-Qur’an], maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (120) Orang-orang yang telah Kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (121)”

ENGLISH TRANSLATION:

“Lo! We have sent thee (O Muhammad) with the truth, a bringer of glad tidings and a warner. And thou wilt not be asked about the owners of hell-fire. (119) And the Jews will not be pleased with thee, nor will the Christians, till thou follow their creed. Say: Lo! the guidance of Allah (Himself) is Guidance. And if thou shouldst follow their desires after the knowledge [Al-Qur’an] which hath come unto thee, then wouldst thou have from Allah no protecting friend nor helper. (120) Those unto whom We have given the Scripture, who read it with the right reading, those believe in it. And whoso disbelieveth in it, those are they who are the losers. (121)”

RINGKASAN REFLEKSI MAKSUD:

1. Allah subhana-hu-wata’ala menyatakan bahawa Dia telah mengutus Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam dengan haq (iaitu kebenaran dariNya melalui AL-QUR’AN). Setelah lebih 1,400 tahun berlalu masih tidak ada seorang manusiapun yang dapat membuktikan bahawa AL-QUR’AN itu adalah tidak benar. Bahkan, AL-QUR’AN semakin lama semakin menyerlah kebenarannya. Setiap apa yang dijanjikan olehnya maka ianya pasti berlaku dan terlalu banyak lagi janji-janji AL-QUR’AN yang akan dan telahpun berlaku di zaman ini. Jadi tidak ada pertikaian langsung bahawa AL-QUR’AN itulah haq kebenaran dari Allah subhana-hu-wata’ala yang dibawa oleh hambaNya yang siddiq dan amanah; Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam. Kebenaran AL-QUR’AN juga semakin jelas gamblang dengan pembuktian peristiwa-peristiwa besar yang sedang dialami oleh manusia dan kemanusiaan sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah subhana-hu-wata’ala di dalam AL-QUR’AN.

2. Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan (sebagaimana isyarat berita-berita gembira kepada mereka yang beriman dan peingatan-peringatan amaran siksaan kepada mereka yang tidak beriman kepada AL-QUR’AN).

3. Nabi salAllahu-’alaihi-wassalam tidak akan diminta bertanggungjawab tentang penghuni-penghuni neraka dari kalangan mereka yang derhaka dan ingkar kepadaNya kerana tanggungjawab Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam hanyalah untuk menyampaikan AL-QUR’AN itu kepada mereka. Dan kini, tanggungjawab itu jatuh kepada mereka-mereka yang bertaatsetia kepada Baginda salAllahu-’alaihi-wassalam dari kalangan orang-orang Islam. Itulah sunnah Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam yang terbesar yang menjadikan seseorang itu sebenar-benar Ahl-Sunnah-Wal-Jama’ah. Jika sunnah ini tidak dilaksanakan, samaada dalam bentuk individu, jama’ah, pemerintah atau khilafah maka dia bukan lagi dari kalangan Ahl-Sunnah-Wal-Jama’ah walaubagaimana tinggi keilmuan di segi Agamanya, jumlah pengikutnya ataupun kehebatan kekuasaan yang ada padanya. Agama hanya akan teguh semata-mata dengan sunnah ini dan tidak dengan sunnah-sunnah lain.

4. Dinyatakan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan sekali-kali senang dengan orang-orang Islam sehinggalah orang-orang Islam mengikuti jalan kekufuran mereka (yakni ingkar dan kufur kepada AL-QUR’AN). Jalan atau Millah Yahudi dan Kristian adalah jalan yang sesat dan kufur terhadap Allah subhana-hu-wata’ala. Islam adalah satu-satunya Millah atau jalan Nabi Ibrahim ‘alaihis-salam. Dan kerana kemahuan mereka itu adalah untuk terus berada di dalam kesesatan dan memastikan penguasaan mereka ke atas orang-orang Islam, mereka tidak akan henti-henti untuk mempengaruhi dan melakukan makar terhadap orang-orang Islam supaya mengikuti jalan kekufuran mereka. Sejarah membuktikan hal ini sebagaimana sebahagian besar orang-orang Islam juga kini mengikuti millah kekufuran ini dengan mengikuti fahaman-fahaman millah yang kufur sesat. Pandangan hidup reformasi, demokrasi dan modenisma adalah di antara millah kekufuran yang terakhir yang dibawa oleh para Yahudi dan Kristian untuk dianuti oleh orang-orang Islam. Yahudi dan Kristian Bersekutu inilah yang telah diisyaratkan oleh Al-QUR’AN sebagai Golongan Ahzab yang terakhir yang juga dikenali sebagai Al-Masih Ad-Dajjal Yahudi Zionis dan Yakjuj Makjuj Imperialis Barat. Ummat Islam yang tunduk patuh kepada Millah Yahudi dan Kristian ini bertaatsetia kepada musuh-musuh Allah subhana-hu-wata’ala melalui jalan atau struktur reformasi agama, demokrasi dan modenisasi yang diciptakan untuk mengganti haq kebenaran dari syari’at Allah subhana-hu-wata’ala sebagaimana di dalam AL-QUR’AN. Dan SYARI'AT YANG TERBESAR yang ada di dalam AL-QUR'AN sehubungan dengan Millah Jalan yang Haq ialah menyampaikan AL-QUR'AN mengikut jalan yang yang telah ditentukan oleh Allah subhana-hu-wata'ala yakni dengan JALAN NUBUWWAH yang telah ditentukan untuk dipraktiskan oleh sekalian Nabi-Nabi 'alaihimussala-tu-wassalam. INILAH SYARI'AT YANG PALING BESAR YANG DITINGGALKAN OLEH ORANG-ORANG ISLAM SEBAIK-BAIK SAHAJA MEREKA BERPALING DAN MENGIKUTI MILLAH AL-MASIH AD-DAJJAL DAN YAKJUJ MAKJUJ.

5. Golongan Beriman diperintah oleh Allah subhana-hu-wata’ala agar membalas setiap ajakan-ajakan orang-orang Yahudi dan Kristian yang kafir itu dengan menegaskan bahawa petunjuk Allah subhana-hu-wata’ala yaitu; AL-QUR’AN, adalah satu-satunya petunjuk yang benar yang hanya akan diikutinya. Ini menegaskan bahawa Golongan Beriman wajib menghadapi serangan-serangan penguasaan oleh Yahudi dan Kristian Bersekutu terhadap mereka dengan penuh ketegasan, sabar dan tawakkal serta menolak millah Golongan Ahzab ini dan berpegang erat kepada AL-QUR’AN.

6. Allah subhana-hu-wata’ala memberi amaran bahawa jika orang-orang Islam mengikuti kemahuan dan hawa-nafsu orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah sesat itu, setelah datang pengetahuan dan petunjuk yang dibawa oleh AL-QUR’AN melalui Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam kepada mereka, maka mereka tidak akan lagi mendapatiNya sebagai pelindung dan penolong kepada mereka terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian yang sesat itu. Hal ini juga telahpun menjadi satu bukti yang jelas sebagaimana yang telah direkodkan oleh sejarah. Di mana-mana sahaja ummat Islam yang telah mengikuti millah Yahudi dan Kristian maka mereka pasti kecundang dan tewas walau di mana sekalipun medan yang mereka hadapi samaada di dalam medan peperangan ataupun di medan demokrasi. Mereka menjadi seperti sebodoh-bodoh manusia yang tiada harga diri dan maruah. Mereka kehilangan arah dan menjadi makhluk yang memohon simpati dan bertenggek kepada sistem kufur untuk menyelamatkan eksistensi mereka. Mereka inilah anjing-anjing kurap penjilat najis yang ditinggalkan oleh musuh-musuh Millah Ibrahim yang hanif untuk mereka berbangga dengannya. Mereka bachul dan sentiasa mengharapkan kepada kasihan belas Yahudi dan Kristian untuk menunjukkan jalan kepada mereka apabila mereka dilanda kesulitan. Nama-nama Allah subhana-hu-wata'ala yang Maha Agung diucapkan secara bathil semata-mata untuk menggarap simpati dari manusia dan bukannya dengan seikhlas-ikhlasnya ditujukan kepada Pencipta mereka. Sekelumit nikmat yang diberi oleh Yahudi dan Kristian dalam ertikata nikmat kekuasaan, kekuatan ekonomi dan sokongan kuasa politik dirasakan seperti begitu hebat dan besar kepada mereka walaupun petunjuk AL-QUR’AN, RasulNya dan Tuhan mereka mereka gadaikan di persada demokrasi dan diketepikan di puggung-punggung mereka. Mereka telah hilang arah, buta dan pekak dalam kegelapan. Mereka-mereka ini, yang sesetengahnya mengaku sebagai pejuang-pejuang Agama, sebenarnya telah mencipta tuhan-tuhan yang baru yang mereka sembah dengan beristiqamahnya dan keta’atan mereka kepada jalan-jalan reformasi, demokrasi dan modenisma yang dibawa oleh Al-Masih Ad-Dajjal Yahudi Zionis dan Yakjuj Makjuj Imperialis Barat yang menjadi ukuran pertimbangan mereka. Mereka ini sudah dilupakan oleh Allah subhana-hu-wata’ala kerana mereka pada hakikatnya telah melupakanNya terlebih dahulu selepas beriman sebelumnya. Firman Allah subhana-hu-wata'ala, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (23) Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan [dari] berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. (24)" (At-Taubah).

7. Diperincikan bahawa mereka yang dikira benar-benar beriman hanyalah mereka-mereka yang membaca AL-QUR’AN dengan bacaan yang sebenar-benarnya, yang bermaksud mereka yang menghalalkan apa yang dihalalkan oleh AL-QUR’AN; dengan melaksanakannya dan mengikutinya, mengharamkan apa yang diharamkan oleh AL-QUR’AN; dengan meninggalkannya dan mencegahnya, membaca AL-QUR’AN sebagaimana ianya diwahyukan; dengan tidak merubah-rubah perkataannya dari maksudnya yang betul serta tidak mentafsirkannya kecuali dengan tafsiran yang benar, bukannya kerana untuk memenuhi kemahuan hawa nafsu mereka untuk menghalalkan millah Yahudi dan Kristian. Allah subhana-hu-wata’ala menegaskan bahawa hanya inilah satu-satunya golongan yang akan mendapat pertolongan dariNya. Jadi inilah syarat yang mesti dipatuhi oleh orang-orang Islam jika mereka mengharapkan kemenangan dengan pertolongan Allah subhana-hu-wata’ala. AL-QUR’AN sebagai Kitab SunnatuLlah telah menentukan jalan Millah yang haq yang wajib diikuti oleh orang-orang Islam sekiranya mereka mengharapkan pertolongan dari Allah subhana-hu-wata’ala sebagaimana yang ditentukan di dalam ketentuanNya. Sebarang jalan lain walaubagaimana komprehensif fiqih yang dicerakinkan, betapa logik dan rasional akalnya ataupun bagaimana hebat kekuasaan ekonomi dan pengikutnya pasti akan bertembung dengan SunnatuLlah yang menetapkan bahawa jalan itu akan membuahkan kegagalan dari mendapat pertolongan dari Allah subhana-hu-wata’ala. Jadi, jika kita gagal, maka kita tidak perlu mencari sebab-sebab kepada kegagalan itu kecuali kerana Allah subhana-hu-wata’ala sudah tidak menolong kita kerana kita tidak menjadi penolong-penolong kepada AgamaNya. Kita mengatas-namakan fiqih dan rasionaliti akal kita ke atas petunjuk SunnatuLlah yang telah diberikan oleh Allah subhana-hu-wata’ala kepada kita melalui Nabi Muhammad salAllahu-’alaihi-wassalam. Hakikatnya, AL-QUR’AN telah menyatakan dengan jelasnya melalui kisah-kisah dan jaminan bahawa Allah subhana-hu-wata’ala pasti menolong mereka yang menolong AgamaNya dengan syarat mereka mengikuti jalan yang haq. Maka jaminan dan logik apakah lagi atau yang bagaimanakah lagi yang lebih baik dari jaminan dan logik yang dibawa oleh Allah subhan-hu-wata'ala ini ?. Ujian-ujian yang dilalui sebagaimana yang dimaktubkan di dalam Al-QUR’AN adalah ketentuanNya jua dalam menilai kesabaran, istiqamah dan tawakkal orang-orang Islam untuk tetap teguh di atas jalan SunnatuLlah itu sebelum kemenangan diberiNya. Jika jalan dirubah olehnya dengan mengambil jalan yang lain selain dari jalan yang ditentukan, maka ianya memberi maksud bahawa orang-orang itu telah menetapkan di dalam hatinya bahawa Allah subhana-hu-wata’ala telah menyiksanya dan tidak mengambilnya sebagai satu ujian. Yang dengan itu, ia juga memberi maksud bahawa seseorang itu telah pada hakikatnya melawan sunnatuLlah. Inilah maksud kepada firman Allah subhana-hu-wata’ala; “Dan di antara manusia ada orang yang berkata: "Kami beriman kepada Allah", maka apabila ia disakiti [karena ia beriman] kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sungguh jika datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah besertamu." Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia? (10) Dan sesungguhnya Allah benar-benar mengetahui orang-orang yang beriman: dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang munafik. (11) (Al-Ankabut). Jadi, kesimpulannya mereka-mereka yang sebegini sememangnya telah dihinggapi penyakit nifaq dan jika berkekalan dalam keadaan sebegitu, pastilah dia akan merasakan azab jahannam dari Allah subhana-hu-wata’ala kerana manusia yang berburuk sangka kepada Allah subhana-hu-wata'ala ini telah merubah millah atau jalan perjuangan mereka sebagaimana Yahudi dan Kristian telah mendahului mereka dalam berbuat sebegitu.

8. Munafiqin yang ingkar ini, walaupun mereka mahir membaca AL-QUR’AN atau berfiqih atau berfatwa; yang melakukan atau mengambil jalan sebagaimana jalan dan perlakuan Yahudi dan Kristian yang merupakan kalangan orang-orang yang mendahului mereka dalam nifaq dan kekufuran bila mereka membaca Al-Kitab, berfatwa dan berfiqih, adalah golongan yang rugi, kerana mereka pasti tidak akan ditolong oleh Allah subhana-hu-wata’ala di dunia dan akan mendapat kesudahan yang buruk pula di akhirat nanti. Ini adalah kerana mereka menzalimi diri mereka dengan mengikuti hasutan syaitan-iblis dan sangkaan jahat serta anggapan buruk terhadap jalan yang ditetapkan oleh Allah subhana-hu-wata’ala ketika mereka membaca Al-QUR’AN dan Al-Kitab yang mereka baca tidak dengan bacaan yang sebenar-benar bacaannya. Mereka mengambil jalan mereka yang tidak mengetahui kebenaran sebagaimana Allah subhana-hu-wata’ala telah juga memberi amaran kepada Nabi Musa ‘alaihissalam, dalam firmanNya yang bermaksud: "Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan janganlah sekali-kali kamu mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui". (89) (Yunus). Nabi Muhammad salAllahu-‘alaihi-wassalam dan para penolong-penolong Baginda RasuluLlah salAllahu-‘alaihi-wassalam juga diberi perintah oleh Allah subhana-hu-wata’ala untuk tetap di atas jalan yang haq sebagaimana firmanNya yang bermaksud, “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan [juga] orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas [dengan mengikuti jalan-jalan yang lain]. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim [yang melanggar jalanNya] yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (113)” (Hud).

SadaqaLlahul Maulan al-‘Adziiim

'
WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin

WabiLlahi tawfiq wal hidayah

Wassalamu'alaikum warohmatuLlah

Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin

'
"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-QUR’AN]”

(38: Al-An’aam)

'

AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI

20hb Muharram 1430 H (17hb Januari 2009M)

0 comments: