SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA\

Monday, 9 February 2009

REFLEKSI 12 : AL-QUR’AN DI DALAM AL-QUR’AN

'
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !
BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim
'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma

'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,
WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!

'
Firman Allah subhanhu wata'ala;
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُ ۥ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِى قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ (٢٠٤) وَإِذَا تَوَلَّىٰ سَعَىٰ فِى ٱلۡأَرۡضِ لِيُفۡسِدَ فِيهَا وَيُهۡلِكَ ٱلۡحَرۡثَ وَٱلنَّسۡلَ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡفَسَادَ (٢٠٥) وَإِذَا قِيلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِ‌ۚ فَحَسۡبُهُ ۥ جَهَنَّمُ‌ۚ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ (٢٠٦) وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡرِى نَفۡسَهُ ٱبۡتِغَآءَ مَرۡضَاتِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ رَءُوفُۢ بِٱلۡعِبَادِ (٢٠٧) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬ (٢٠٨) فَإِن زَلَلۡتُم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡڪُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ فَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَڪِيمٌ (٢٠٩) هَلۡ يَنظُرُونَ إِلَّآ أَن يَأۡتِيَهُمُ ٱللَّهُ فِى ظُلَلٍ۬ مِّنَ ٱلۡغَمَامِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ وَقُضِىَ ٱلۡأَمۡرُ‌ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرۡجَعُ ٱلۡأُمُورُ (٢١٠

SURAH AL-BAQARAH: 204 - 210

TERJEMAHAN:
“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah [atas kebenaran] isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras. (204) Dan apabila ia berpaling [dari kamu], ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (205) Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah [balasannya] neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. (206) Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya. (207) Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (208) Tetapi jika kamu menyimpang [dari jalan Allah] sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran [AL-QUR’AN], maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (209) Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. (210)”

ENGLISH TRANSLATION:
“And of mankind there is he whoso conversation on the life of this world pleaseth thee (Muhammad), and he calleth Allah to witness as to that which is in his heart; yet he is the most rigid of opponents. (204) And when he turneth away (from thee) his effort in the land is to make mischief therein and to destroy the crops and the cattle; and Allah loveth not mischief. (205) And when it is said unto him: Be careful of thy duty to Allah, pride taketh him to sin. Hell will settle his account, an evil resting-place. (206) And of mankind is he who would sell himself, seeking the pleasure of Allah; and Allah hath compassion on (His) bondmen. (207) O ye who believe! Come, all of you, into submission (unto Him); and follow not the footsteps of the devil. Lo! he is an open enemy for you. (208) And if ye slide back after the clear proofs have come unto you, then know that Allah is Mighty, Wise. (209) Wait they for naught else than that Allah should come unto them in the shadows of the clouds with the angels? Then the case would be already judged. All cases go back to Allah (for judgment). (210)”

RINGKASAN REFLEKSI MAKSUD:

1. Allah subhana-hu-wata’ala memberi amaran bahawa di kalangan manusia yang mengaku berAgama Islam itu, ada orang-orang yang ucapan mereka tentang kehidupan dunia memang menarik hati dan keyakinan Kaum Muslimin supaya mempercayai dan mengikuti mereka. Mereka ini bersumpah dengan mempersaksikan Allah subhana-hu-wata’ala pada kebenaran dan keIslaman isi hati mereka supaya Kaum Muslimin tertarik kepada mereka. Tetapi, manusia ini pada hakikatnya adalah penentang Agama Islam yang paling keras. Ini bermakna bahawa manusia sebegini sememangnya wujud dan Kaum Muslimin mesti mengenali sifat-sifat yang ada pada mereka ini untuk dijauhi dan juga supaya Kaum Muslimin sendiri tidak terjebak di dalam sifat-sifat yang sebegitu.

2. Sayyidina Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Ayat ini diturunkan sebagai pembelaan Allah subhana-hu-wata’ala kepada Kaum Muslimin, apabila segolongan Munafiqin mencela Khubaib dan sahabat-sahabatnya radhiAllahu ‘anhum ajmaiin yang dibunuh di dalam satu insiden oleh Bani ‘Adal dan Qarah, ketika mereka sedang menyebarkan risalah Al-Qur’an dan Agama Islam. Diriwayatkan bahawa Nawf Al-Bikali radhiAllahu ‘anhu yang pernah membaca Kitab-Kitab terdahulu menyatakan; “Aku jumpai deskripsi segolongan dari ummat-ummat yang terdahulu dalam Al-Kitab, bahawa Golongan Munafiqin mereka ini menggunakan Agama Islam untuk kepentingan cita-cita kebendaan mereka. Lidah-lidah mereka sungguh lebih manis dari madu, tetapi hati-hati mereka sungguh lebih pahit dari sabir (sejenis tumbuhan yang sangat pahit). Mereka menunjukkan perawakan biri-biri, tetapi hati mereka melindungi kekhianatan serigala. Allah subhana-hu-wata’ala berfirman, “Mereka berani mencabar Aku, tetapi mereka sebenarnya telah diperdayakan olehKu. Aku bersumpah dengan KeAgunganKu bahawa Aku akan menghantar fitnah (ujian, kiffarah, bala dan malapetaka) ke atas mereka, yang mengakibatkan mereka-mereka yang berilmu di kalangan merekapun menjadi hilang pedoman dan terkial-kial kebingungan.” Aku merenungi ayat-ayat dari Al-Kitab itu, dan menemui di dalam Al-Qur’an ayat-ayat yang memberi deskripsi yang sama untuk kaum Munafiqin ummat ini (seperti ayat yang tersebut di atas)." Riwayat Ibnu Jarir rahimahuLlah (Hasan-sahih).

3. Di dalam posting yang bertajuk; SIRI 4: ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI VERSI BARU (sambungan) (Bahagian 1) dan SIRI 4: ANWAR IBRAHIM; JAMALUDDIN AL-AFGHANI VERSI BARU (sambungan) (Bahagian 2), huraian yang panjang lebar telah dibuat berhubung penyakit yang amat berbahaya ini. Penyakit nifaq ini, pada hakikatnya telah menjadi begitu meluas di kalangan Kaum Muslimin Ummat Nabi Muhammad sallaLlahu-‘alaihi-wassallam di pengakhir zaman ini sebagaimana amaran Baginda sallAllahu-‘alaihi-wassallam. Berhati-hatilah !, kerana takutilah makar dari Allah subhana-hu-wata’ala yang menyebabkan kita hilang pedoman dan kebingungan. Kalau sudah hilang pedoman dan kebingungan maka apakah lagi yang dapat diharapkan terutamanya dari mereka yang kononnya bergelar orang yang berilmu ?. Keadaan ini sememangnya telah dan sedang berlaku sekarang. Pecahan utama yang ada dalam posting-posting tersebut menyentuh tentang Evolusi Nifaq dan Kunci-Kunci Mengenali Kemunafiqan. Rujukan yang diambil adalah dari Kitab-Kitab Muktabar Ahl Sunnah Wal Jama’ah, terutamanya dari kekasihku Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahuLlah, yang merupakan doktor pakar yang tiada tolok-bandingnya berhubung dengan masaalah penyakit kejiwaan nifaq ini.

'


4. Secara ringkasnya setiap-tiap Nifaq dan Kemunafiqan yang disebut menjelaskan bahawa ianya memiliki samaada salah satu dari ciri-ciri di bawah ini;
a. Menipu ketika memberi janji atau mengambil sumpah (bai’ah yang tertinggi iaitu bai’ah setiap Muslimin kepada Allah subhana-hu-wata’ala dan RasulNya Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam untuk menerima Amanah dan menjadi penolong mereka).
b. Walaupun sedar tentang penipuan dan khianat itu di dalam hati mereka, (tetapi disebabkan keyakinan mereka kepada akal dan nafsu keegoan yang ditunggang oleh Syaitan), maka mereka tetap memilih kesesatan.
c. Mereka menyebabkan hilangnya hak-hak Kaum Muslimin kerana sumpah-sumpah bohong yang mereka buat atau mereka berjanji menolong serta menyokong Kaum Kafirin. Ia mengakibatkan ramai manusia terpaksa menanggung beban kesalahan banyak manusia-manusia yang lain yang tidak bersalah.
d. Mereka menetapkan atau mengesahkan berhubung keyakinannya tentang Nubuwwah (hakikat kenabian dan tanggungjawabnya membawa Risalah) melalui ucapannya dengan menyamakan peraturan-peraturan syariat dan hikmah Agama sebagai bersamaan dengan apa yang dibawa para ahli falsafah dan intelektual cendiakawan (faham pluralistik).
e. Mengagungkan diri atau diri-diri yang telah disesatkan oleh Allah subahana-hu-wata’ala yang merasakan pendapat fikiran mereka adalah agung dan disamakan tarafnya dengan petunjuk Nubuwwah.
f. Mereka menjadikan Agama itu pecahan-pecahan dan bahagian-bahagian yang terpecah dengan bayangan-bayangan andaian masing-masing.
g. Dia tidak menunjukkan kepekaannya terhadap kekafiran terhadap Allah subhanahu wata’ala dan bersedia untuk hidup bersama-sama dengan kekafiran (co-existence) tanpa merubahnya sesuai dengan ilmu yang dianugerahkan Allah subhana-hu-wata’ala kepadanya.
h. Dia kagum dan hairan dengan cetusan-cetusan yang keluar dari akal fikiran ketua-ketua mereka yang sombong berhubung dengan sangkaan mereka tentang Allah subhana-hu-wata’ala yang pada hakikatnya dibantu oleh Iblis dan Syaitan.
i. Mereka mewarisi kebudayaan ideologi (kumpulan idea-idea atau pandangan hidup) yang menentang adanya Hari Akhirat, Syurga dan Neraka, serta menentang kembalinya makhluk kepada Allah subhanahu wata’ala sesudah kematiannya yakni pemikiran falsafah yang dibawa oleh kaum Greek dan Yunani.
j. Mereka membangunkan menghidupkan warisan dalam mencari penderitaan secara yang salah, memakan makanan haram, mengikuti hawa nafsu, sambil terus dalam kegilaan mencari karier pangkat dan harta.
k. Mereka selalu dikelabui kehidupan dunia, seraya memandang sebagai satu kebodohan kepada orang-orang yang wara’ yang berhati-hati dalam Agama.
l. Apabila mereka mampu mencari dan kemudiannya mengalahkan orang-orang wara’ yang secara kebetulan akal, jiwa dan ilmu orang-orang wara’ itu pula tidak cukup dan terhad di segi kebijaksanaan hikmahnya, maka mereka mengiring agar orang-orang wara’ ini untuk terperosok ke dalam perangkapnya, dan menjadikan orang-orang wara’ itu tunduk di hadapannya.
m. Amat angkuh dengan ilmu yang mereka miliki.
n. Mereka wariskan dari satu generasi Munafiqin ke generasi Munafiqin yang lain yang mengakibatkan kesesatan yang bertindih-tindih dalam kegelapan yang berinstitusi, akibat kehidupan yang lalai dan lagha, yang akhirnya mereka murtad dan menjadi penyembah iblis dan syaitan yang mereka anggap sebagai pembawa petunjuk kebenaran kepada mereka.

5. Kesimpulannya, para munafiq ini sebenarnya adalah manusia-manusia yang sombong, sebagaimana sombongnya Iblis laknatuLlah kepada kekhalifahan manusia. Mereka sangsi dan tidak mahu mengakui kebenaran jalan Nubuwwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassallam yang MERUPAKAN SATU-SATUNYA SAHAJA JALAN YANG BENAR untuk menuju kepada Allah subhana-hu-wata’ala. Mereka berijtihad dengan ijtihad yang mungkar bagi mencipta jalan-jalan mereka yang tersendiri dan berbangga pula dengan jalan-jalan itu. Mereka mencurigai, berburuk-sangka dan ragu-ragu dengan janji-janji Allah subhana-hu-wata’ala untuk menolong mereka jika mereka mengikuti jalan Nubuwwah yang telah ditetapkanNya. Dan akibat dari itulah mereka disiksa oleh Allah subhana-hu-wata’ala dengan berbagai kiffarah, bala dan malapetaka. Titik peluh, kekalutan dan segala daya-usaha mereka menjadi sia-sia walaupun mereka menyangka di sebaliknya. Mereka adalah manusia yang rugi dalam perniagaannya dengan Allah subhana-hu-wata’ala dan bangkrap di akhirat. Allah subhana-hu-wata’ala berfirman;
“Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleh syaitan itu, sebagai cobaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar hatinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar-benar dalam permusuhan yang sangat, (53) dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Qur’an itulah yang hak dari Tuhanmu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus. (54) Dan senantiasalah orang-orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al Qur’an, hingga datang kepada mereka saat [kematiannya] dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat. (55)” (Surah Al-Hajj)

'
6. Ubat yang paling mujarab bagi penyakit nifaq ialah, sabar dan tawakkal. Hal yang berkaitan dengan sabar dan tawakkal ada disentuh dalam posting; BANJIR BESAR NABI NUH ALAIHISSALAM DAN TAWAKKAL BAGINDA DENGAN HAQQ KEBENARAN. Hanya mereka yang sabar dan tawakkal yang akan tetap mampu berada di atas jalan yang lurus yang ditentukan oleh Allah subhana-hu-wata’ala yakni Jalan NubuwwahNya dan tidak dipengaruhi oleh ragu-ragu.

7. Bagi golongan munafiq, sabar dan tawakkal tidak ada pada mereka atau jika ianya ada pada merekapun, maka sabar dan tawakkal itu telah disalaherti atau disalahgunakannya. Mereka bersabar dan bertawakkal dalam derita bukan untuk menanggung amanah menyebar Risalah Nubuwwah tetapi untuk menegakkan keangkuhannya. Akibatnya, mereka berpaling dari jalan Nubuwwah dan berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya. Tanam-tanaman dan binatang ternak yang dinyatakan Al-Qur’an adalah melambangkan kehidupan, maka kemusnahan dan kebinasaan yang dibawa oleh para munafiqin ini juga adalah kemusnahan kehidupan berAgama yang diwarisi oleh mereka yang beriman dari Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam. Munafiqin ini mencabar sunnatuLlah yang merupakan ketentuanNya, dan akibatnya ialah munafiqin ini akan jatuh ke dalam fitnah dan makar yang dikhususkan oleh Allah subhana-hu-wata'ala kepada mereka. Mereka akan menjadi bingung dan hilang pedoman.

8. Dan apabila dikatakan kepada munafiqin itu agar bertakwa kepada Allah, maka bangkitlah kesombongannya, yang menyebabkannya menambah-nambahkan lagi kedegilan mereka untuk berbuat dosa dan kerosakan. Mereka memandang rendah kepada orang-orang yang menasihatinya dengan Al-Qur’an. Ini adalah kerana mereka merasakan kesempurnaan pada diri mereka di segi kepandaian, kekuatan pengikut, pangkat maupun harta. Mereka menyindir orang-orang yang menegur mereka dengan menyatakan bahawa sipenegur tidak bijak berijtihad walaupun ijtihad mereka sendiri adalah songsang dan tunggang-terbalik dik kerana kecetekan ilmu mereka dan fitnah yang dibalakan oleh Allah subhana-hu-wata’ala kepada mereka (Sila Rujuk: SIRI 1: IJTIHAD SONGSANG YANG MUNGKAR; SENJATA BERZAMAN PARA MUSUH ALLAH DAN NUBUWWAH dan SIRI 2: IJTIHAD SONGSANG YANG MUNGKAR; SENJATA BERZAMAN PARA MUSUH ALLAH DAN NUBUWWAH).

9. Kebangkitan sifat mazmumah perasaan sombong ini sememangnya menjelaskan lagi bahawa simunafiq ini sebenarnya telah bersunnahkan dengan sunnah syaitan iblis yang sombong terhadap kekhalifahan manusia. Kita perhatikan kesombongan JamaludDin Al-Afghani laknatuLlah ‘alaih yang meremeh-remehkan Agamanya sendiri dan mempromosi falsafah pluralisma di hadapan ahli terhormat Freemason Ernest Renan sebagaimana kata-kata beliau seperti berikut:
“Tiada persetujuan dan rekonsiliasi yang mungkin ada di antara agama-agama ini dan falsafah. Agama memaksakan ke atas manusia keimanan dan kepercayaannya, sedangkan falsafah membebaskan manusia secara keseluruhannya atau sebahagiannya dari agama. Mana mungkin seseorang itu kemudiannya mengharap bahawa ianya bersetuju di antara satu sama lain sedangkan bila Agama Kristian memasuki Athen, Rom dan Iskandariah, Mesir; pusat sains dan falsafah di ketika itu, ia menekan kedua-duanya di bawah kongkongan perbincangan-perbincangan teologi dalam membincangkan misteri-misteri Agama Kristian?, dan ianya akan selalu sebegitu. Apabila Agama memiliki kuasa, ianya akan menghapuskan falsafah; dan yang di sebaliknya pula yang berlaku apabila falsafah berkuasa ke atas Agama. Selama mana kemanusiaan itu wujud, pertentangan tidak akan berakhir di antara kejumudan Agama dan kebebasan penyelidikan falsafah; satu pertentangan yang menakutkan yang saya khuatiri kemenangannya bukan kepada kebebasan berfikir, kerana khalayak ramai benci kepada hujjah dan ajarannya kecuali bagi sesetengah segolongan bijakpandai dari kalangan elit. Dan, juga sains itu walaubagaimana indah ianya sekalipun tidak akan dapat memuaskan sepenuhnya kemanusiaan itu yang dahagakan idealisma yang suka berada di dalam kegelapan dan wilayah yang tidak tercapai oleh ahli falsafah dan cendekiawan (sebagaimana ianya ada di dalam Agama).”

Kini ada ramai munafiq-munafiq Liberal dan Ulama-Ulama Mazhab Undi yang begitu kemaruk, yang sabar dan tawakkal yang haq tidak ada dalam kamus perjuangan mereka, yang sedang mengikuti sunnah-sunnah serta jejak-langkah AdDajjal Kepala Munafiq Abad 19. Mereka inilah punca kepada kerosakan yang sedang berlaku kepada Ummat Islam sekarang ini walau di mana mereka berada. Rujukan lanjut; KESATUAN PEMIKIRAN DAN PERGERAKAN BAPA-BAPA MUNAFIQIN ABAD 19M, 20M DAN 21M. '



10. Allah subhana-hu-wata’ala menjanjikan balasan neraka Jahannam; tempat tinggal yang seburuk-buruknya, untuk golongan Munafiqin ini.

11. Allah subhana-hu-wata’ala menyatakan di antara manusia pula ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaanNya. Allah Yang Maha Penyantun menjanjikan balasan keSantunanNya kepada hamba-hamba-Nya itu. Allah…Allah…Allahu..Ya Raof !. Ibnu Abbas, Anas, Sa’id bin Musayyib, Abu ‘Uthman An-Nahdi, Ikrimah dan lain-lainnya radhiAllahu ‘anhum ajmaiin, menyatakan Ayat ini (207) diturunkan berkaitan dengan Suhaib bin Sinan Ar-Rumi radhiAllahu ‘anhu. Suhaib radhiAllahu ‘anhu meninggalkan hartabendanya yang dijadikan pampasan dirinya kepada Kaum Kafir Quraiysh semata-mata untuk membolehkannya berhjrah dari Makkah ke Madinah. Sayyidina Umar al-Khattab radhiAllahu ‘anhu berkata kepada Suhaib radhiAllahu ‘anhu bahawa perniagaannya menjual kepentingan diri kepada Allah subhana-hu-wata’ala telah berjaya sebagaimana yang disahkan oleh Allah subhana-hu-wata’ala di dalam Ayat 207 ini. Ayat ini juga menyentuh setiap mujahid yang berjuang di Jalan Allah subhana-hu-wata’ala yakni di jalan NubuwwahNya yakni dengan berjihad dengan menyampaikan Risalah Al-Qur’an dengan lisan dan jiwaraga mereka. Demikianlah sabar dan tawakkal yang benar, bukannya seperti sabar dan tawakkal palsu para munafiqin yang mahu mempertahankan kesombongannya atas ilmu, kuasa, pengikut atau harta yang mereka miliki.

12. Sebagai kesimpulannya orang-orang yang beriman diminta oleh Allah subhana-hu-wata’ala agar masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya dan tidak menurut langkah-langkah syaitan yang akan mengakibatkan penyakit nifaq menjangkiti hati-hati mereka. Syaitan yang menunggang nifaq yang berada di dalam hati-hati itu adalah musuh mereka yang nyata. Memasuki Islam dengan ‘KAAFFAH; SEMPURNA’ ini, bermaksud dengan keseluruhan dan menyeluruh; samaada di segi syari’at dan hakikat Tauhidnya, yang semuanya wajib mengikuti tuntunan, tuntutan dan jalan Nubuwwah yang telah diwariskan kepada Ahl Sunnah Wal Jama’ah. Tiada jalan lain, sistem atau ideologi lain yang diperbolehkan digunakan oleh Kaum Muslimin kerana Islam itu sudah cukup di segi kesempurnaannya. Cara menyeru kepada Agama juga telah ditentukan oleh Agama dan tidak ada cara lain yang boleh digunakan kerana ianya tidak akan menyampaikan manusia kepada kesempurnaan berAgama.

13. Allah subhana-hu-wata’ala kemudiannya menyatakan bahawa jika orang-orang beriman kemudiannya menyimpang [dari jalan Allah] sesudah datang kepada mereka bukti-bukti kebenaran [kedatangan Nabi Muhammad sallAllahu-‘alaihi-wassalam yang membawa AL-QUR’AN], maka hal penyimpangan ini akan diputuskan nanti olehNya dan kepadaNyalah kembali segala urusan. Allah subhana-hu-wata'ala memberi amaran kedatangan awan dan Malaikat yang akan menyeksa golongan-golongan yang kufur ini sebagaimana sumpahNya dengan KeAgunganNya bahawa Dia akan menghantar fitnah kepada mereka.
'
SadaqaLlahul Maulan al-‘Adziiim
'

WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah
Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin
'

"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-QUR’AN]”
(38: Al-An’aam)

'
AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI
13hb Safar 1430H (9hb Februari 2009M)

0 comments: