ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH !
'
BismiLlahi Rahmaan nir Rahiim
'
Alhamdu liLlahi wa salamun 'ibadihil ladhi-n-astafa
Rabbi zidni 'ilma, war zuqni fahma
'
RABBI A’UUZUBIKA MIN HAMAZAATIS SHAYAATIIN,
WA A’UUZBIKA RABBI AN YAHDURUUN!
'
Firman Allah subhanhu wata'ala;
سَلۡ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ كَمۡ ءَاتَيۡنَـٰهُم مِّنۡ ءَايَةِۭ بَيِّنَةٍ۬ۗ وَمَن يُبَدِّلۡ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ (٢١١) زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَيَسۡخَرُونَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۘ وَٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ فَوۡقَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۗ وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬ (٢١٢)
SURAH AL-BAQARAH: 211 - 212
‘
TERJEMAHAN:
“Tanyakanlah kepada Bani Israil: "Berapa banyaknya keterangan tanda-tanda [kebenaran] yang nyata, yang telah Kami berikan kepada mereka". Dan barangsiapa yang menukar ni`mat Allah [keterangan dari Kitab-KitabNya] setelah datang ni’mat itu kepadanya, maka sesungguhnya Allah sangat keras siksa-Nya. (211) Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (212)”
‘
ENGLISH TRANSLATION:
“Ask of the Children of Israel how many a clear revelation We gave them! He who altereth the grace of Allah after it hath come unto him (for him), lo! Allah is severe in punishment. (211) Beautified is the life of the world for those who disbelieve; they make a jest of the believers. But those who keep their duty to Allah will be above them on the Day of Resurrection. Allah giveth without stint to whom He will. (212)”
‘
RINGKASAN REFLEKSI MAKSUD:
‘
1. Allah subhana-hu-wata’ala meminta Kaum Muslimin bertanyakan kepada Bani Israel tentang begitu banyaknya tanda-tanda kebenaran yang jelas nyata dalam bentuk ayat-ayat keterangan oleh Rasul-Rasul ‘alaihi-mussalatu-wassalam dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam perjalanan kehidupan mereka.
'
2. Iktibar berhubung dengan perjalanan kehidupan Bani Israel dan bagaimana mereka berinteraksi dengan kebenaran dari Allah subhana-hu-wata’ala diketengahkan lagi sebagai perbandingan dan lanjutan kepada ayat-ayat sebelumnya berhubung gejala hipokrasi nifaq dan kemunafiqan yang mencelakakan itu. Terlalu banyak kecelakaan yang berlaku dalam perjalanan kehidupan Bani Israel yang wajib dijadikan sempadan oleh kita Kaum Muslimin di akhir zaman ini.
3. Kecelakaan-kecelakaan inilah yang mengakibatkan berpecahnya Bani Israel dan menjadi sesatlah sebagaian besar dari mereka. Mereka diazab, dihina dan ditimpakan fitnah oleh Allah subhana-hu-wata’ala kerana mereka berpecah-pecah dalam menanggapi kebenaran yang jelas terang-benderang yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri. Mereka mengambil motivasi lain untuk dijadikan neraca dalam setiap pertimbangan mereka ketika menanggapi setiap kebenaran yang didatangkan kepada mereka. Dengan itu, sejarah mereka dari seawal-awal kedatangan Nubuwwah dan Kitab-Kitab kepada mereka terpalit dengan fitnah kecelakaan demi kecelakaan. Dan hal ini diceritakan dengan jelasnya dalam Kitab-Kitab Allah subhana-hu-wata’ala.
4. Motivasi yang paling jelek yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an Al-Hakim adalah tabiat persekutuan dan pakatan oleh Bani Israel yang mengambil golongan-golongan jahat yang jelas kufur terhadap Allah subhana-hu-wata’ala sebagai penolong-penolong mereka selain dariNya. Akibat pakatan yang salah, maka kemudiannya syaitan iblis juga kemudiannya menjadi sekutu kepada mereka. Firman Allah subhana-hu-wata’ala, maksudnya; “Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan (itu) kepada mereka melainkan tipuan belaka. (64)” [Surah Al-Isra’ / Bani
6. Persekutuan terakhir yang telah terlaksana dan sedang berjalan ialah pakatan pecahan kaum mereka yang beragama Yahudi Zionis dengan Kaum Celtic yang beragama Berhala Kristian atau beragama Berhala Liberal. Agama Berhala Kristian majoritinya menyembah Berhala Triniti; “3-tuhan dalam satu”, manakala Agama Liberal pula menyembah Berhala “Kuasa Rakyat”. Kaum Celtic inilah yang merupakan Kaum Yakjuj Makjuj (sila semak; YAKJUJ & MAKJUJ: DALIL QAT'I BAHAWA IANYA TELAH LAMA WUJUD). Merekalah yang kini sedang menguasai dunia melalui Kuasa Imperialis Barat Amerika dan Eropah, yang insyaAllah kecelakaan dan kebinasaan yang amat besar sedang mengekori mereka. Persekutuan atau Pakatan terakhir inilah yang telah menyempurnakan penjelmaan Kaum Zionis Yahudi Bani Israel itu sebagai Al-Masih Ad-Dajjal sebagaimana yang dijanjikan oleh Al-Qur’an Al-Hakim. Dunia tidak pernah sunyi sebelum dan selepas mereka meruntuhkan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah pada 3hb Mac 1924 Masehi, yang berkebetulan jatuh pada hari ini 85 tahun yang lalu, dengan kerosakan dan kemusnahan hasil kerja-tangan kedua-dua musuh Allah subhana-hu-wata’ala dan Kaum Muslimin ini. Hal ini adalah juga sebagaimana yang beri amaran oleh RasuluLlah sallAllahu-‘alaihi-wassalam.
'
SHEIKH MUSTAFA SABRI RAHMATULLAH 'ALAIH 1869 - wafat 1954M (SHEIKHUL ISLAM TERAKHIR KHILAFAH ISLAMIYYAH UTHMANIYYAH); ANTARA IMAM KAUM MUSLIMIN'
7. Kesimpulannya, kecelakaan atau kesejahteraan sesuatu kaum itu, samaada ianya Kaum Bani Israel, Kaum Melayu, Kaum Arab dan sebagainya adalah berpaksi kepada bagaimanakah motivasi, penerimaan dan reaksi mereka terhadap kebenaran yang dibawa oleh para pembawa kebenaran. Tetapi, ianya tidak berhenti di situ sahaja. Kemudiannya, bagaimanakah pula mereka itu mengambil-alih amanah tanggungjawab para pembawa kebenaran itu ?, iaitu, samaada mereka betul-betul mengikuti langkah-langkah yang diwariskan oleh pembawa kebenaran itu ataukah mereka merubah-rubahkannya sesuka hati mereka.
8. Warisan langkah-langkah pembawa kebenaran inilah yang dipanggil sebagai Sunnah Nubuwwah yang wajib diikuti agar tidak menjadi sumbang pandangan dan gerakan Agamanya. Ianya bukannya di sudut aqidah sahaja tetapi juga kaedah dalam menegakkan Agama itu yakni syari’atnya. Dan, dalam Agama, mereka yang mengikuti Warisan Sunnah Nubuwwah inilah yang dipanggil Ahl Sunnah Wal Jama’aah, yakni; pakatan dari golongan-golongan yang dijamin terselamat dan sejahtera, Firqah Najiyyah, yang tidak akan tercelaka samaada di dunia maupun di akhirat. Ianya diwariskan dari satu generasi ke generasi yang lain sehingga ke hari jatuhnya Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah melalui kesepakatan para Imam-Imam Kaum Muslimin. Selepas jatuhnya Khilafah, Ummat telah secara majoritinya melepaskan bai’ah atau taat-setia mereka kepada Imam-Imam Kaum Muslimin Ahl Sunnah Wal Jama’aah itu dengan mengikuti firqah-firqah yang tidak terjamin keselamatannya. Kisah ini ada dijelaskan di dalam Posting PERUTUSAN TERBUKA KHUSUS BUAT PEMERINTAH: UNDUR SETAPAK DAN LANGKAH SETAPAK KE DAARUS SALAAM.
'9. Jika Kaum Melayu atau Kaum Arab membuat langkah sumbang dengan mengambil penolong-penolong selain dari Allah subhana-hu-wata’ala, walaupun kebenaran tauhid diperakuinya, walaupun dia digelar ulama, atau walaupun dia digelar mursyid oleh pengikut-pengikutnya, tetapi, Sunnah Nubuwwah tidak pula dijejakinya langkah-demi-langkah dan dia tidak kembali semula ke pangkuan Ahl Sunnah Wal Jama’aah dalam syari’at dan hakikat tauhidnya, maka tunggulah sunnatuLlah yang telah berlaku dan akan berlaku lagi kepada Golongan Al-Masih Ad-Dajjal Bani Israel. SunnatuLlah itu pastilah pula akan berlaku kepada mereka yang berlangkahkan langkah sumbang ini. Apatah lagi jika Kaum Melayu atau Kaum Arab itu mengambil Al-Masih Ad-Dajjal pula sebagai penolong-penolongnya.
'12. Atas hakikat inilah juga RasuluLlah sallAllahu-‘alaihi-wassalam dinobat dengan darjah tertinggi oleh Allah subhna-hu-wata’ala sebagai Pembawa Rahmat Kepada Sekalian Alam (Rahmatan lil-‘Alamiin), juga kerana tanggungjawabnya membawa amanah nikmat AL-QUR’AN AL-HAKIM itu kepada seluruh manusia dan kemanusiaan. Amanah itu kemudiannya diambilalih oleh para Imam-Imam Kaum Muslimin tadi dan ianya wajib dituruti oleh Ummat ini. Hanya dengan AL-QUR’AN AL-HAKIM dan Sunnah Nubuwwah itulah rahmat Allah subhana-hu-wata’ala dapat kembali tersebar ke sekalian alam yang semakin tandus dan rosak yang kemudiannya akan membetulkan semula perjalanan kitaran sunnatuLlah ke arah kesejahteraan dan bukannya kecelakaan.
13. Selagi hal ini tidak berlaku maka pastilah akan berlaku ketidakseimbangan yang akan memberi akibat yang amat buruk kepada manusia, kemanusiaan dan seluruh alam ini. Dunia yang merupakan sebahagian daripada alam kini sedang mengalami kejutan dan goncangan yang tidak pernah disaksikan pada mana-mana sejarah kehidupan dan ketamaddunan manusia. Hampir segala-gala fungsi dan elemen yang berinteraksi di dalam dunia samaada dalam perkara fizikal atau metafizikalnya telah dirosakkan oleh Yakjuj Makjuj Imperialis Barat, Al-Masih Ad-Dajjal Zionis Yahudi serta pengikut-pengikutnya yang merupakan musuh-musuh Allah subhana-hu-wata’ala dan NubuwwahNya. Tidak ada lagi bahagian dunia yang tidak terkecuali dan kerosakan-kerosakan sebegini dapat dibaca dengan lebih terperinci sebagaimana dalam Posting BENCANA BANJIR BESAR AKAN MELANDA DUNIA ?.
'
GUNUNG-GUNUNG GLASIER DI ANTARTIKA SEDANG MENGALAMI PENCAIRAN YANG LUAR BIASA AKIBAT AKTIVITI MANUSIA MATERIALIS'
14. Kemuncak kepada segala-gala motivasi yang menyesatkan manusia dari mengambil jalan dan kehidupan berdasarkan Sunnah Nubuwwah itu kesemuanya dapatlah dirumuskan dengan satu ungkapan sahaja iaitu; “KECINTAAAN KEPADA KEHIDUPAN DUNIA”. Allah subhana-hu-wata’ala menyatakan bahawa kehidupan dunia itu dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir. Dengan kecintaan yang berlebih-lebihan oleh mereka yang kufur kepada Allah subhana-hu-wata’ala ini adalah kerana mereka meletakkan manfaat duniawi sebagai berada di tangga yang teratas walaupun mereka terpaksa menggadaikan Agamanya. Mereka tidak menerima hakikat sabar dan tawakkal dan akan mengambil sikap menbujur lalu melintang patah terhadap apa-apa sahaja halangan termasuk syari’at, akhlaq dan keAgamaan bila sahaja halangan-halangan ini merintangi jalan kebendaan mereka. Inilah juga matlamat kehidupan Kaum Materialis yang merupakan sebahagian dari Pandangan Hidup Moden yang sentiasa mengambilkira kelebihan-kelebihan kapital dan material sebagai ukuran kepada kemuliaan seseorang manusia. Bertambah banyak harta dan mata-benda yang dimiliki oleh manusia itu, walaupun melalui jalan yang haram dan salah, maka dikira bertambah mulialah manusia itu. Manusia atau golongan manusia yang ‘mulia’ inilah yang kemudiannya hendak diikutinya.
'15. Pencinta-pencinta Dunia ini memandang hina orang-orang yang beriman yang dikira sebagai tidak mulia dan sejahtera lanjutan dari kurangnya harta dan mata-benda yang dimilikinya berbanding dengan ‘manusia mulia’ yang kaya dengan jalan yang haram dan salah. Demikianlah ukuran mereka sehingga mereka mengagungkan kaum-kaum Yakjuj Makjuj Imperialis Barat dan Al-Masih Ad-Dajjal Zionis Yahudi dengan mengambil sunnah-sunnah dalam agama mereka sebagai pujian dan ikutan. Sedangkan ukuran Allah subhana-hu-wata’ala adalah berbeda sama sekali, ketakwaan kepadaNyalah yang menjadi ukuran kepada tahap kemuliaan seseorang atau segolongan manusia itu. Ketakwaan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan kembali kepada AL-QUR’AN AL-HAKIM dan Sunnah Nubuwwah. Allah subhana-hu-wata’ala kemudiannya menjanjikan anugerah rezeki tanpa batas dariNya jika Kaum Muslimin bertakwa kepadanya.
'
Firman Allah subhana-hu-waa'ala, maksudnya, "Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan [juga] orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112) Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (113)" [Surah Hud].
'
SadaqaLlahul Maulan al-‘Adziiim
'
WassallaLlahu ‘ala Sayyidina Muhammad waalihi wasohbihi ajamaiin
WabiLlahi tawfiq wal hidayah
Wassalamu'alaikum warohmatuLlah
Wal hamduliLlahi Rabbil ‘alamiin
'
"Tidaklah kami lupakan sesuatu pun di dalam Al-Kitab [Al-QUR’AN]”
(38: Al-An’aam)
'
AL-FAQIR ILALLAH KORBANDEMOKRASI
06hb Rabiul Awwal 1430H (03hb Mac 2009M)
‘

0 comments:
Post a Comment