Hiperinflasi pada asasnya adalah kadar inflasi yang melambung dengan sangat tinggi di dalam ekonomi sesebuah Negara yang kemudiannya berputar berpusing-pusing di luar kawalan sehingga mengakibatkan matawang negara itu akhirnya menjadi tiada bernilai.
Hiperinflasi adalah akibat dari keadaan pencetakan dan pembekalan matawang yang terlalu banyak dan cepat oleh sesebuah negara untuk melawan tekanan inflasi tetapi pembekalan matawang itu dibuat tanpa disokong oleh pertumbuhan sebenar dalam pengeluaran barangan dan perhidmatan sesebuah negara. Pengeluaran barangan dan perhidmatan sedang menguncup atau semakin kering.
Akibatnya ialah terlalu banyak matawang yang membanjiri pasaran untuk mengejar barangan pengeluaran yang semakin sedikit. Harga barangan-barangan pengguna melonjak naik ke paras yang sangat tinggi bila berlaku tawar-menawar di antara para pembeli dan penjual. Keadaan ketidakseimbangan di antara permintaan dan penawaran matawang ini akan mengakibatkan sentimen pengguna untuk bertindakbalas dengan berlumba-lumba dan bersaing sesama mereka untuk membeli barangan dengan wang yang mereka miliki walau dengan apa cara sekalipun. Pengguna berjuang berperang dan bersaing sesama mereka untuk menaikkan nilai harga barangan bagi mengatasi antara satu sama lain sesuai dengan jumlah wang yang banyak yang ada pada mereka.
Nilai wang menjadi semakin mengecil berbanding dengan nilai barangan yang hendak dibeli. Ransangan-ransangan untuk bersaing yang datang dari kehendak pengguna yang tidak berhenti-henti ini menyebabkan semakin lebih banyak wang kemudiannya diperlukan oleh setiap pengguna untuk membeli barangan yang semakin lama semakin sedikit jumlahnya yang dapat dibeli dengan wang yang banyak itu. Wang kemudiannya dicetak lagi oleh Kerajaan kerana pengguna mengadu tidak memiliki wang yang mencukupi untuk membeli sehingga sampailah ke tahap wang melimpah-ruah tetapi tiada nilainya. Kejutan kepada ekonomi negara, selalunya akibat dari krisis kepercayaan, kemudiannya menjadikan nilai wang menjunam jatuh dan menerima nasib yang sama atau lebih teruk dari kain buruk atau ikan busuk.
Keadaan hiperinflasi yang paling teruk di dalam sejarah adalah seperti yang berlaku di Jerman di antara tahun 1922 dan 1923 apabila nilai purata harga barang meningkat pada kadar gandaan melebihi 20 billiun kali dari kadar nilai harga yang asal.
Gambar di bawah menunjukkan seorang wanita Jerman menyumbat wang-wang yang dimilikinya ke dalam lahar dapur pembakar roti. Wang-wang yang digunakan sebagai alat bakar memasak roti ini membakar untuk masa yang jauh lebih panjang berbanding dengan pembakaran menggunakan bahan bakar dari kayu. Kayu yang harganya sangat mahal dan hanya dapat dibeli dengan menggunakan wang-wang yang berganda-ganda lebih banyak tidak pula dapat membakar roti untuk jangkamasa yang sama sebagaimana wang-wang yang banyak itu boleh membakar roti dengan lebih lama dan lebih banyak. Jadi, penggunaan wang-wang untuk membakar roti adalah lebih efektif dan ekonomik di saat hiperinflasi berlaku berbanding dengan penggunaan kayu-kayu sebagai bahan membakar roti.
Contoh yang paling dekat sehubungan dengan kedaan hiperinflasi sekarang ialah keadaan yang berlaku di
Ramai mempercayai bahawa Yakjuj Makjuj Amerika telah mengambil polisi kewangan yang sama sebagaimana yang telah diamalkan oleh Negara Zimbabwe dan natijahnya Yakjuj Makjuj Amerika kini sedang berada di landasan yang sangat kukuh yang tidak dapat tidak akan membawanya tenggelam ke dalam kejutan gelombang lautan hiperinflasi yang sedang melambung tinggi.
Murtad Husein Obama dan Pengerusi Rezab Persekutuan Yakjuj Makjuj Amerika Ben Bernanke dipercayai telah menjadi seperti kehilangan kewarasan akal dengan bertindak mencetak wang dollar dalam jumlah yang sungguh luarbiasa banyaknya bagi mengatasi masalah inflasi di Negara Yakjuj Makjuj itu.
Bagi mereka yang masih kemaruk menyimpan wang dollar atau tiada akal yang cukup sehingga tidak mahu berhenti-henti mengikuti bida’ah ciptaan Materialis Kapitalis, maka bersiap-sedialah untuk menggunakan wang-wang untuk memasak nasi dan menjeram air di dapur kayu. Kesemua kekayaan dan simpanan di Negara Yakjuj Makjuj Amerika, insyaAllah, kesemuanya akan disapu bersih oleh gelombang tsunami hiperinflasi dan kesannya pasti jua menyentuh pengikut-pengikut setianya.
Makhluk yang bernama US Dollar akan tinggal sebagai igauan buruk kepada pelahap-pelahap kebendaan yang menjadikan wang sebagai segala-galanya di dalam kehidupan mereka.
Firman Allah subhanahu-wata'ala, maksudnya;
"Dan kepada [penduduk] Mad-yan [Kami utus] saudara mereka, Syu’aib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik [mampu] dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan." (84)"
[Surah Hud]
WALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIIN
TokPakir








2 comments:
salam perjuangan ,
analisis tok pakir sangat berkesan..sangat bertepatan dengan situasi dunia yang akan menyaksikan kehancuran Yakjuj dan Makjuj ... sesungguhnya janji Allah itu pasti akan berlaku. Sebelum kehancuran YM akan didahului dengan jihad menentang Dajjal... mari siapkan diri dengan iman & taqwa
salam perjuangan juga untuk Tok Malau,
AlhamduliLlah semoga sama-sama dapat kita berkongsi maklumat yang insyaAllah memudahkan kita membuat keputusan.
TokPakir bersetuju dengan Tok Malau bahawa jihad itu tidak pernah berhenti. Kadang-kadang kita tertipu ketika melalui kitaran qadha dan qadar sunnatuLlah. Lain yang sepatutnya kita beraksi, lain pula yang diaksikan oleh kita. Doakan semoga TokPakir juga ditetapkan iman dan taqwa untuk istiqamah di jalanNya.
Amiin Ya Rabbal 'alamiin,
TokPakir
Post a Comment