SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Monday, 15 August 2011

NIK AZIZ ARAH BUANG SEMUA PEMBESAR SUARA DI KOTA BHARU ?

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Jika ada anugerah Bandar yang memiliki paling banyak pembesar-pembesar suara maka Kota Bharu sudah pastilah akan mendapat anugerah nombor terwahid.


Serombong-serombong pembesar suara dapat dilihat di merata-rata ceruk di Bandar Kota Bharu hatta di dalam pasar ikan maupun di tandas-tandas awam.


Idea untuk melengkapkan Bandar Kota Bharu dengan sebanyak-banyak pembesar suara datangnya dari idea sang Mujaddid Jadi-Jadian yang ditabal oleh kaumnya yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Mujadid Jadi-Jadian ini memiliki satu kepelikan yang amat menjengkelkan.

Dahulunya, Kota Bharu ‘Bandaraya’ Islam ini dikatakan berjaya diIslamkan dengan laungan-laungan Azan, bacaan-bacaan Al-Qur’an serta ceramah-ceramah propaganda ideologi khawarijsme kepartian yang dapat didengungkan ke anak telinga setiap Warga ‘bandaraya Islam’ Kota Bharu dengan bantuan pembesar-pembesar suara yang berada hampir disetiap 200 meter radius jalan-jalan dalam Bandar Kota Bharu. Inilah satu-satunya tanda Islamnya Kota Bharu.

Dengan kemudahsampaian syi’ar-syi’ar partai Islam itu maka kagumlah Sang Mujaddid Jadi-Jadian itu bahawa sudahlah bersyahadah Kota Baharu itu dengan ketauhidannya dan bolehlah ia dipakaikan dengan pakaian kemegahan ‘Bandaraya Islam’.

Kini Warga ‘Bandaraya’ Islam ini gempar dengan beberapa kejutan-kejutan beruk seruan pembaharuan oleh Sang Mujadid Jadi-Jadian Kaum Muda yang mudah berfikir bahawa; “perbuatan itu (pengunaan pembesar suara) tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara.”

Aduh !!, Sang Mujaddid Jadi-Jadian ini nampaknya telah menjilat habis setiap muntahan qaul klasik yang dahulu yang telah terjeluak dari perut hijaunya. Ini adalah qaul 'Negara Islam' yang lapuk dan tidak relevan dengan piawaian-piawaian pengurusan perbandaran 'Negara Berkebajikan' yang baru, demikianlah kata beliau.

Ironis pula ialah sikap hipokrasi seorang mantan Mufti Minda Blur Bahtera Tajdid yang amat maklum tentang praktis bida’ah dholalah yang sesat oleh Sang Mujaddid Jadi-Jadian ini tetapi tidak pernah pula ditegurnya.

Tetapi, kesempatan melanyak musuh yang melakukan ‘kesesatan’ sebanding di Tanah Berpulau terus digarapnya dengan penuh cekap. Dihunusnya senjata ijtihad jahatnya kepada musuh-musuh tradisinya.

Kita ada dengar ura-ura dari Pihak Berkuasa Perbandaran untuk memulakan operasi melupuskan pembesar-pembesar suara di Bandar Kota Bharu ; Bandaraya Berkebajikan, yang kini dianggap sebagai punca pencemaran suara yang amat mengganggu keamanan dan kebajikan Bandar.

Pembuat bising mesti dihukum walaupun mereka membaca Al-Qur’an, bernasyid atau berceramah.

Ceramah mingguan PAS di Dataran Ilmu Kota Bharu akan menjadi sasaran pertama operasi ini.

Kita tunggu ulasan Mujaddid tentang kejayaan operasi membenteras pencemaran bunyi yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Wassalam

TokPakirKD

4 comments:

HotShot said...

Salam Tn Sheikh. Masih aktif lagi ber-blogging yer. :)
ex-staff

tokpakirkd said...

Salam Bro Diin,

Moga Bro sihat wal'afiat di bawah LindunganNya. Teruskan aktiviti larian Bro dan semoga ada manfaatnya.

Selamat Berpuasa dan Berhari-raya.

TokPakirKD

HotShot said...

Salam tuan.
lama dah tak lari, cuma baru-baru ni lari ke rumah 'jiran' sebelah. :)
Selamat berhari-raya juga dan maaf zahir & batin.

tokpakirkd said...

Salam Bro,

Berlari ke 'jiran' sebelah yeee.... Wah...3X

Ok lah tu Bro. Semoga pe'LARI'an tu akan terus memantopkan Bro.

On serious note, I can see your strength and wish you the best.

Salaam,
TokPakirKD