BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Pada 18 Dis 2009 PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan, maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan.

Pada 22 Sept 2011 pula Nik Abdul Aziz mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud di Kelantan.
Apabila Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassallam membuat perjanjian dengan kafir Quraiysh, Baginda sallAllahu ‘alaihi wassallam tidak pernah memungkiri janji.
PAS mengambil teladan dari perjanjian sebegini untuk melaksanakan tahalluf siayasi demokrasi dengan PKR-DAP walaupun tahalluf sebegini telah menyia-yiakan Agamanya. Kini PAS telah mengingkari Perjanjian mereka sehingga PAS sudah dikira sebagai mengkhianati janji.
Yang lebih malangnya PAS sebelum ini telah dengan sengajanya ditabalkan oleh PKR-DAP dan kaum yang bersama-samanya termasuk komunis, liberalis, feminis, sosialis dan lain-lainnya sebagai satu-satunya otoriti Agama Islam yang diterimapakai kredibilitinya di Tanah Melayu ini. Kafir munafiq ini sengaja berbuat demikian untuk menggerhanakan atau melemahkan kesatuan Melayu-Islam yang sebelum ini sentiasa berpayung kepada otoriti Agama yang diijma'kan oleh Ahl Sunnah Wal Jama'ah melalui Raja-Raja Melayu.
Dengan pelanggaran janji ini, PAS telah membuka ruang kepada PKR-DAP untuk memperlekehkan Islam yang dikira sebagai sinonim dengan PAS.
Ini adalah kerana di dalam demokrasi yang diimani oleh para ahli-ahli demokrasi Tanah Melayu, PAS adalah Partai Islam SeTanah Melayu, yakni; Islam. Imej Islam secara otomatik menjadi tercemar dan keadaan ini akan diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk memperkukuhkan hujjah mereka bahawa Ummat Islam adalah manusia yang suka berkhianat.
DAP dengan itu bolehlah menuduh PAS sebagai munafiq.
Jika pada asalnya tujuan PAS bertahalluf adalah untuk memperteguhkan keyakinan kafir supaya kemudiannya mendekati dan memahami Islam, hal yang berlaku kini adalah di sebaliknya. Para kafirin ini sudah mempunyai satu dasar yang kukuh untuk mengajar pengikut-pengikutnya bahawa penganut Islam walaupun seorang Ulama seperti Nik Abdul Aziz tetaplah adalah seorang yang khianat, munafiq dan tidak boleh dipercayai. Ulama-Ulama Islam yang lainnya pun memanglah begitu juga.
Kesannya ialah semakin jauhlah mereka dari Agama Islam yang sebenar-benarnya yang pada hakikatnya tidak pernah pun begitu dan mulalah berkembang Islamofobia.
Nik Abdul Aziz perlu sedar bahawa beliau kini sedang melakukan jenayah salah-pengertian (misrepresentation) pengkhianatannya yang disama-ertikan dengan kelemahan yang ditujukan kepada Agamanya. Apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz ini adalah serupa sahaja dengan jenayah-jenayah salah-pengertian yang pernah dilakukan oleh para pemuka Kaum Muda yang bermula dari Jamaluddin A-Afghani, Muhammad Abduh, Syed Syeikh Al-Hadi, Mat Indera dan sebagainya.
Inilah kaum-kaum dajjal laknatuLlah yang telah banyak menconteng arang kepada wajah Agama Suci ini akibat pengambilan dasar yang salah dalam melakukan persembahannya yang dieksploitasi pula kemudiannya oleh musuh Agama.
Jika sebelum ini Nik Abdul Aziz menuduh UMNO sebagai juara yang banyak menjauhkan kaum Kafirin dari memahami Islam dalam wajahnya yang asli, dalam kes ini Nik Abdul Aziz pula yang sedang mengambil peranan yang sama.
Dosa Nik Abdul Aziz pasti lebih besar kerana Nik Abdul Aziz lebih mahir membaca ayat-ayat dan penghujjahan bercorak keAgamaan berbanding UMNO.
Ini satu lagi bukti jelas tentang kedajjalan demokrasi dan Kaum Muda yang dangkal fikirannya.
Wassalam.
TokPakirKD
1 comments:
kalau yg ultra fanatik nik aziz dgr.mau mengamuk diorang.satu lagi nak tambah,nik aziz x marah pun,pengikut2 dia buat sticker muka gambar nik aziz,dah ase mcm menganggung nik aziz dah.dah jadi idola
Post a Comment