BismiLlaahirRahmaanirRahiim
Tn Ibrahim Tn Man (PAS) mahu mencabar perdebatan sehubungan status barua Komunis Mat Indera yang mahu diangkat statusnya sebagai Pahlawan Khilafah Tanah Melayu setaraf Tok Janggut, Tok Bahaman dan lain-lainnya rahmatuLlah alaihim ajma'iin.

Tn Ibrahim mungkin perlu baca kembali sejarah tentang Tok-Tok Guru Pondok di antaranya di Tanah Melayu Kedah yang bersenjatakan Kalimah Tauhid dan parang-parang panjang mengistiharkan Jihad Fi SabiliLlah terhadap kaum Komunis dan barua-baruanya. Siapalah Tn Ibrahim dan pukul borong semua Ustad-Ustad Firqah Gila Undi Demokrasi ini berbanding Tok-Tok Guru Pondok tersebut ?.
Kaum Muda yang sentiasa mengambil jalan mudah kebulur undi sememangnya amat jauh dari jalan sebenar yang dibawa oleh Ulama Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Demikian lah PAS dahulu, kini dan selamanya.
Sebelum debat mahu dibuat dengan sesama Melayu Islam ada baiknya PAS berdebat dengan maula serta sekutu Kafirnya; Karpal Singh, tentang status Ram Singh (klik). Karpal Singh pasti akan membela British kerana Karpal Singh adalah anak kepada Ram Singh.
Wassalam,
TokPakirKD
2 comments:
terima kasih atas ilmu yang diberikan
Salam, terima kasih kembali. Kita dariNya dan kepadaNya kita kembali.
TokPakirKB
Post a Comment