SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Friday, 18 November 2011

RADIO SOLAR KRISTIAN; OXFORD GAGAL MEMBIJAKKAN ASRI


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Komen Asri terhadap JAIS dalam isu Radio Solar jelas membuktikan kegagalan dan kemelesetan asuhan Oxford terhadap masaalah Penyakit Hasad Dengki (PHD) yang dideritai oleh Asri.

Asri terlalu cepat melenting sehingga beliau tidak mampu meneliti dengan saksama akan kenyataan jawapan YB Dato' Dr Hassan Ali kepada soalan tentang cara, ulang sekali lagi: CARA.... pendakyahan Kristianiti sebagaimana 8 cara-cara seperti yang diinputkan oleh JAIS.

Jika Asri sedang menjawab soalan esei di dalam ujian sekolah rendah sudah pastilah Asri akan mendapat markah merah tercorot kerana terburu-buru membaca soalan sehingga memberi jawapan yang tidak tepat.

Penyakit terburu-buru ini adalah kerana rakan yang tidak dapat dilihat oleh Asri telah berjaya bertenggek diatas bara api kemarahan yang meluap-luap di jantung hati Asri, sehingga kemudiannya meluncurlah idea yang bukan-bukan dari otak beliau yang menjadi kurang berakal. Fenomena ini adalah satu perkara yang amat biasa kepada kaum yang digelar sebagai Kaum Muda yang terbawa-bawa dengan fi'il mahagurunya Ibnu Taimiyyah, Pak Wahabbi dan sebagainya.

Kejayaan kerja missionaris kristian memurtadkan Ummat Islam dan cara pendakyahan missionaris kristian adalah dua hal yang berbeda.

JAIS melalui Dr Hassan Ali sebenarnya telah memberi jawapan yang tepat berbanding dengan komen Asri yang terbabas dan menunjukkan kekurangan disudut pemahaman tajuk perbincangan.

Oxford nampaknya tidak mampu meningkatkan kemahiran berfikir Asri. Apa tidaknya, Oxford yang dibanggakan itu hanyalah tinggalan Yakjuj Makjuj Imperialis yang akan menjadi tong sampah dalam masa terdekat.

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji'uun !
TokPakirKD

1 comments:

ABTS2 said...

pedas berdesit. ha asri, kenalah belajar lagi. belum cukup ilmu rupanya.

saya sokong kenyataan tuan.