SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Saturday, 10 December 2011

SURAT BALASAN MELAYU KEPADA SURAT TERBUKA HAJI HADI

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menulis Surat Terbuka bertajuk "Islam didahulukan, Melayu bersamanya" kepada orang-orang Melayu Malaysia.

2 hari sudah berlalu dan kita belum lagi dapati sebarang balasan kepada Surat Terbuka tersebut.

TokPakir sebagai seorang Melayu juga tidak berminat untuk membalas Surat Terbuka tersebut kerana ianya sebenarnya adalah surat politik yang ditujukan kepada UMNO dan para pengundi sahaja.

Contohnya, sila baca petikan ini; "Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri."

Maaf ini tak ada kena-mengena dengan Melayu. UMNO lahir dari perut yang sama yang telah juga melahirkan PAS, yakni; perut tong najis Demokrasi.

Melayu sejati hanya akan berkata bahawa cermin-cerminkan lah diri sendiri agar ludah yang dilepaskan ke langit itu tidak hinggap ke batang hidung sendiri.

Wassalam
TokPakir






1 comments:

Anakbukitgantang said...

caught him red handed