SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Friday, 9 December 2011

WAHHABI; PERINGATAN KERAS KEPADA UMNO


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

UMNO sememangnya diketahui mempunyai dasar pragmatik yang boleh menganjalkan diri ketahap maksimum demi untuk survivalnya.

Sudah diketahui umum bahawa UMNO telah dengan banyaknya, terutama di era Najib, melahirkan banyak pendekatan yang memberi keringanan dan mempermudah-mudahkan isu-isu asas berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Agama Islam.


UMNO mutaakhir ini sudah merelakan dirinya menjadi seolah-olah seekor keldai untuk ditunggang oleh satu kaum yang muflis Aqidahnya, semata-mata untuk bersaing dengan PAS yang sememangnya diketahui telah lama dimufliskan oleh kaum muflis yang sama. Pekung kaum Muflis Wahhabi kini sedang terburai satu persatu yang membuakkan nanah dan ulat yang sangat meloyakan.

Kaum Muflis Wahhabi ini sedang mencari-cari apa sahaja benteng yang dapat dijadikan tempat perlindungan oleh mereka akibat sumpahan dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Sayugia diingatkan kepada UMNO bahawa golongan Ahl Sunnah Wal Jama'ah yakni mereka-mereka yang bertauhidkan dengan kaedah tauhid yang haq salafus-soleh yang juga dikenali ramai sebagai Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah adalah golongan yang tidak akan dikalahkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Ini adalah janji Allah subhanahu wa ta'ala sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an Al-Hakim. Sejarah pertarungannya dengan kesesatan yang melebihi 1 abad sudah menjadi bukti yang nyata akan keberkatan golongan ini dan di akhirnya ianya juga akan menjadi sebegitu dengan kehendak dan iradahNya.

Bahkan, di Tanah Melayu ini, juga di Nusantara maupun di mana-mana tanah pun di atas mukabumi ini mereka terus maju walaupun terpaksa menghadapi fitnah-fitnah yang dibawakan oleh kaum-kaum yang tunduk kepada Dajjal.

Ahl Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah memiliki kekuatan survival yang amat panjang dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pihak sekalipun.

Bukti kedangkalan pandangan kaum yang tersisih dari faham yang haq ini dapat dilihat dari Wacana yang baru sahaja diadakan diantara pelopor faham Wahhabi dan pejuang Ahl Sunnah Wal Jama'ah; Ustaz Abu Syafiq hafizahuLlah (klik), juga seperti di bawah.


Kesimpulannya, jika UMNO mahu sekurang-kurangnya selamat di sudut aqidahnya, silalah membakul-sampahkan makhluk-makhluk yang sedang bertenggek di belakang UMNO yang sedang mengkeldaikan UMNO ke dalam perigi buta kehancuran.

Ambil lah iktibar dari taufan kemusnahan yang telah melanda PAS hasil dari perbuatan tangan kaum yang tersisih ini.

Wama tawfiqi illa biLllahi wal hamduliLlahi Rabbil 'alamiin.
TokPakir

0 comments: