SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Friday, 20 January 2012

KAJISELIDIK; ANWAR LEBIH LAYAK TURUN-NAIK MAHKAMAH

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Kajiselidik baru menyatakan bahawa Najib lebih layak dari Anwar. TokPakir nampaknya bolehlah bersetuju.

Tetapi, kelebihan Najib yakni ada kemampuan mengurus yang baik sepatutnya tidak lah melangkaui fungsi sebagai Ketua Operasi Perkerjaan Kerajaan.

Dari perkataan 'perkerjaan' inilah lahirnya perkataan 'Kerjaan' yang kemudiannya diubahsuai menjadi 'Kerajaan'. Jadi, Kerajaan ini kerjanya untuk berkerja.

Kalau pemalas berkerja seperti Nik Abdul Aziz di Tanah Melayu Kelantan atau tak tahu membuat kerja seperti juga Nik Abdul Aziz di Negeri yang sama maka mana mungkin dia menjadi Ketua Kerjaan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuat kerjaan.

Jika kita fahami betul-betul ini memberi makna bahawa kerjaan Kerajaan hanyalah untuk berkerja dan orang yang paling rajin berkerja lah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kerjaan kerja-kerja kerajaan.

Polisi kerajaan dengan itu tidak boleh dikerjakan oleh kerajaan sebab itu adalah kerjaan di peringkat lain. Polisi ini terutamanya adalah dalam hal-hal Agama, Bangsa dan Kenegaraan.

Di sini lah demokrasi telah gagal memahami pembahagian kerjaan kerajaan dengan betul.

Islam samaada Sunni, atau Syi'ah di Tanah Parsi, ada solusi kepada masaalah ini yakni dengan pengujudan Badan Ahl Hal wal Aqdi atau Wilayatul Faqih.

Manakala dalam kes kerjaan Anwar pula, buat masa ini dia lebih layak berkerja turun-naik mahkamah.

Wassalam
TokPakirKD


1 comments:

ZR-CoManDo said...

menarik juga ulasan tok pakir. pembangkang tidak dapat buktikan mereka lebih baik dari kerajaan pusat walaupun diangkat mentadbir beberapa negeri. paling heboh ialah ulama baru dalam kerajaan selangor yang entah ilmu apa yang dia ada nak jaga agama.

tokpakir boleh ulas isu ini. saya tunggu. rasanya pas masih belum serik, hahaha