SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Friday, 27 January 2012

REVOLUSI LEMBU; KERAJAAN MALAYSIA BISA JATUH


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Diketahui ramai bahawa pencetus kepada satu ‘pergolakan besar’ di kalangan ‘Bangsa Arab’ di Timur Tengah sehingga jatuh tersungkur berampakan Kerajaan-Kerajaan Bangsanya adalah bermula dengan Peristiwa Membunuh Diri oleh seorang pemuda Tunis yang sudahpun dinobat sebagai Pahlawan Pembebasan Arab Kurun 21. 

Nampaknya budaya membunuh diri kini sudah menjadi suatu yang kudus lagi suci kepada masyarakat yang beriman dengan demokrasi di Tanah Arab. 

Mungkin bagi sesetengah ulama demokrasi kematian bunuh diri ini boleh dikira sebagai kesyahidan yang sama sebagaimana syahidnya para pengebom-pengebom berani mati yang menyerang tentera Zionis Yahudi Israel di Tanah Palestin atau lain-lain mujahidDiin di Afghanistan, Iraq dan sebagainya. 

Asas yang mungkin boleh di’qias’kan tentang penganugerahan syahid kepada pemuda bunuh diri ini adalah pahlawan ini telah dengan aksinya membunuh diri telah mencetuskan satu Revolusi yang begitu hebat yang menggugat dan meruntuhkan hampir kesemua regim-regim diktator di Timur Tengah. 

Jadi, mati bunuh-diri adalah berbaloi dan mulia di sudut tersebut melebihi kematian-kematian para pengebom berani mati. 

Di Tanah Melayu ini pula kita belum lagi dapat menyaksikan keberanian membunuh diri sebegini walaupun ada peristiwa-peristiwa yang terpencil membakar diri oleh kaum Kafir Hindu untuk mempertahankan Kuil Berhala mereka dari diambil Kerajaan Malaysia. Wal'iyya dzubillah !.

Para pejuang-pejuang demokrasi di Tanah Melayu nampaknya lebih berminat untuk menjadikan lembu sebagai wira pembebasan mereka. Isu penjagaan lembu yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sekiranya tidak ditangani dengan baik oleh Kerajaan Malaysia mungkin akan mengakibatkan keruntuhan kerajaan dan menjadi penyumbang utama kepada kejatuhannya. 

Revolusi Lembu ini wajib  lah dibendung. 


Kadangkala kita merasa amat jengkel dengan sikap pejuang-pejuang revolusi lembu demokrasi ini yang lebih mengutamakan lembu-lembu dari Agama dan Bangsa mereka. 

Isu Agama dan Bangsa tidak relevan kepada pelembu-pelembu ini  sehingga kadangkala kita dijengkelkan oleh mereka jika tersalah menyebut perkataan Agama dan Bangsa. 

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji’uun !.
TokPakirKD    

1 comments:

PondokDungunTerengganu said...

Salam, sebab yang nok nngundi dia pong adalah pe'lembu' jugok. Semuanye sudoh dilembukang oleh jukmakjuj.

PondokDungunTgganu