SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

SELAWAT TAFRIJIYYAH / SELAWAT NARIYAH

DOA'

DOA'

Thursday, 2 February 2012

SIRI MAULID; MAULID NABI DI DALAM TAURAT DAN INJIL

BismiLlaahirRahmaanirRahiim


Mari kita telitikan maulid yang dibacakan oleh Nabi Musa 'alaihissalam dan Nabi 'Isa 'alaihissalam tentang kisah kedatangan Nabi Muhammad sallAllahu 'alaihi wassalam sebagai penutup sekalian Nabi-Nabi 'alaihi massalam.






SallaLlaahu ala Muhammad, 
sallaLlaahu 'alaihi wassallam !

WalhamduliLlaahi Rabbil 'alamiin
TokPakirKD

Tuesday, 31 January 2012

KELAHIRAN RAHMAT SEKALIAN ALAM; SELAWAT FATIHAH


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

As-Salamu `Alaika Ayyuhan Nabiyu 

Wa RahmatuLlaahi Wa Barakaatuh



"Ya Allah berselawatlah dan sampaikan salam rindu kami kepada Penghulu kami Muhammad; rahmat sekalian alam. Puji-pujian dipanjatkan kepadaMu, Tuhan Muhammad; pembawa RisalahMu. Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani; Pencipta Nuur Muhammad. Penguasa hari kemuliaan Muhammad. Hanya Engkau kami sembah dan minta tolong agar disyafa'atkan Muhammad. Tunjukkan kami Jalan Muhammad. Jalan orang-orang yang mengikuti Muhammad, bukan jalan orang-orang yang memerangi Muhamad, dan, bukan jalan orang-orang yang tersesat dari Jalan Muhammad. Dengan selawat sebanyak bilangan puji-pujian olehMu dan hitungan rahmatMu keatas sekalian makhlukMu tertumpu kepada kekasihMu Muhammad serta para ahli keluarga Baginda dan para sahabat Baginda sakaliannya."

WalhamduliLlaahi Rabbil ‘alamiin !


TokPakirKD

ANWAR & ISRAEL; TULANG PAS REPUT DIMAKAN PARASIT


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Lihat Minit 1.00 hingga 1.25. 

Ini lah hakikat sebenar Anwar Ibrahim terhadap Arwah PAS.


PAS; “Saya tidak arti apa Pak Syaikh cakap”. 


Anwar; “Aku punye bahasa tinggi lee….”.


Idea oleh Tuan Abdul Aziz SemuTal. JazakAllah khair…..

Wassalam
TokPakirKD

Monday, 30 January 2012

NIK AZIZ; WALL STREET FITNAH ANWAR


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Nik Aziz menegaskan bahawa Wall Street Journal (WSJ) yang dikuasai orang-orang Yahudi yang buta bahasa Inggeris telah memfitnah Anwar. 

Nik Aziz memberitahu bahawa bahasa Inggeris yang digunakan oleh Anwar ketika ditemuramah oleh WSJ adalah amat sukar difahami terutamanya oleh orang-orang Yahudi seperti WSJ. 

Hanya orang seperti beliau yang boleh faham bahasa Anwar yang merupakan Anugerah Tuhan. WSJ telah melakukan jinayah besar fitnah yang lebeh jahat dari membunuh. WSJ, kata Nik Aziz, telah dikuasai oleh UMNO.

Nik Aziz sendiri telah mendengar penjelasan Anwar di hadapan beliau dan Anwar telah berkata lain di hadapan beliau berbanding apa yang didengar oleh WSJ. Anwar bercakap tentang sokongan dan perlindungan Imam Mahdi nanti terhadap Nabi Isa alaihissalam yang merupakan Bangsa Israel.

Kata-kata berlain Anwar itu tidak dapat difahami oleh Nik Aziz tetapi Nik Aziz yakin bahawa Anwar telah berkata lain. 

Walau apapun, Nik Aziz selanjutnya berkata; “Anwar sentiasa betul, dan kalau Anwar tersalah kata, yang betul masih lah adalah Anwar Ibrahim”. 

"Mereka semua tu adalah pekak". "Semuanya fitnah...!!!".


Laahawlawala quwwatta illa biLlaahi ‘aliyyil adziiim…

TokPakirKD 

Friday, 27 January 2012

REVOLUSI LEMBU; KERAJAAN MALAYSIA BISA JATUH


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Diketahui ramai bahawa pencetus kepada satu ‘pergolakan besar’ di kalangan ‘Bangsa Arab’ di Timur Tengah sehingga jatuh tersungkur berampakan Kerajaan-Kerajaan Bangsanya adalah bermula dengan Peristiwa Membunuh Diri oleh seorang pemuda Tunis yang sudahpun dinobat sebagai Pahlawan Pembebasan Arab Kurun 21. 

Nampaknya budaya membunuh diri kini sudah menjadi suatu yang kudus lagi suci kepada masyarakat yang beriman dengan demokrasi di Tanah Arab. 

Mungkin bagi sesetengah ulama demokrasi kematian bunuh diri ini boleh dikira sebagai kesyahidan yang sama sebagaimana syahidnya para pengebom-pengebom berani mati yang menyerang tentera Zionis Yahudi Israel di Tanah Palestin atau lain-lain mujahidDiin di Afghanistan, Iraq dan sebagainya. 

Asas yang mungkin boleh di’qias’kan tentang penganugerahan syahid kepada pemuda bunuh diri ini adalah pahlawan ini telah dengan aksinya membunuh diri telah mencetuskan satu Revolusi yang begitu hebat yang menggugat dan meruntuhkan hampir kesemua regim-regim diktator di Timur Tengah. 

Jadi, mati bunuh-diri adalah berbaloi dan mulia di sudut tersebut melebihi kematian-kematian para pengebom berani mati. 

Di Tanah Melayu ini pula kita belum lagi dapat menyaksikan keberanian membunuh diri sebegini walaupun ada peristiwa-peristiwa yang terpencil membakar diri oleh kaum Kafir Hindu untuk mempertahankan Kuil Berhala mereka dari diambil Kerajaan Malaysia. Wal'iyya dzubillah !.

Para pejuang-pejuang demokrasi di Tanah Melayu nampaknya lebih berminat untuk menjadikan lembu sebagai wira pembebasan mereka. Isu penjagaan lembu yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sekiranya tidak ditangani dengan baik oleh Kerajaan Malaysia mungkin akan mengakibatkan keruntuhan kerajaan dan menjadi penyumbang utama kepada kejatuhannya. 

Revolusi Lembu ini wajib  lah dibendung. 


Kadangkala kita merasa amat jengkel dengan sikap pejuang-pejuang revolusi lembu demokrasi ini yang lebih mengutamakan lembu-lembu dari Agama dan Bangsa mereka. 

Isu Agama dan Bangsa tidak relevan kepada pelembu-pelembu ini  sehingga kadangkala kita dijengkelkan oleh mereka jika tersalah menyebut perkataan Agama dan Bangsa. 

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji’uun !.
TokPakirKD    

Friday, 20 January 2012

KAJISELIDIK; ANWAR LEBIH LAYAK TURUN-NAIK MAHKAMAH

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Kajiselidik baru menyatakan bahawa Najib lebih layak dari Anwar. TokPakir nampaknya bolehlah bersetuju.

Tetapi, kelebihan Najib yakni ada kemampuan mengurus yang baik sepatutnya tidak lah melangkaui fungsi sebagai Ketua Operasi Perkerjaan Kerajaan.

Dari perkataan 'perkerjaan' inilah lahirnya perkataan 'Kerjaan' yang kemudiannya diubahsuai menjadi 'Kerajaan'. Jadi, Kerajaan ini kerjanya untuk berkerja.

Kalau pemalas berkerja seperti Nik Abdul Aziz di Tanah Melayu Kelantan atau tak tahu membuat kerja seperti juga Nik Abdul Aziz di Negeri yang sama maka mana mungkin dia menjadi Ketua Kerjaan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuat kerjaan.

Jika kita fahami betul-betul ini memberi makna bahawa kerjaan Kerajaan hanyalah untuk berkerja dan orang yang paling rajin berkerja lah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan dengan kerjaan kerja-kerja kerajaan.

Polisi kerajaan dengan itu tidak boleh dikerjakan oleh kerajaan sebab itu adalah kerjaan di peringkat lain. Polisi ini terutamanya adalah dalam hal-hal Agama, Bangsa dan Kenegaraan.

Di sini lah demokrasi telah gagal memahami pembahagian kerjaan kerajaan dengan betul.

Islam samaada Sunni, atau Syi'ah di Tanah Parsi, ada solusi kepada masaalah ini yakni dengan pengujudan Badan Ahl Hal wal Aqdi atau Wilayatul Faqih.

Manakala dalam kes kerjaan Anwar pula, buat masa ini dia lebih layak berkerja turun-naik mahkamah.

Wassalam
TokPakirKD


Thursday, 19 January 2012

GAY; NIK AZIZ SAHKAN ANWAR RAJA PEMBOHONG


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Bapa Bobrok Malaysia; Anwar Ibrahim, disahkan oleh Nik Abdul Aziz sebagai pembohong dalam isu toleransinya kepada kaum gay.

Nik Abdul Aziz mengakui bahawa Anwar Ibrahim telah berkata lain di hadapan beliau berbanding dengan kenyataan yang dibuat oleh Bapa Bobrok tersebut kepada BBC ketika ditemuramah oleh Agensi berita berkenaan.

Adalah nyata bahawa Bapa Bobrok ini adalah sejenis manusia yang lidah bercabang jenis yang sentiasa berkata-kata lain di depan dan di belakang.

Berkemungkinan juga sokongan Nik Abdul Aziz terhadap Bapa Bobroknya adalah akibat dari kurangnya kefahaman beliau pada bahasa yang digunakan oleh Bapa Bobrok tersebut. Dikatakan bahawa Nik Abdul Aziz hanya mampu membaca jawi dengan baik.

Atau beliau mungkin mengalami masaalah pendengaran yang akut akibat jumlah deposit tahi telinga yang bertimbun yang menutup gegendang telinga beliau sehingga menjadi separa kurang mendengar.

Antara kemungkinan lain ialah faktor pengambilan ubat-ubatan yang berlebihan sehingga ianya telah mengganggu sistem penerimaan dan penafsiran maklumat yang beliau terima.

Wassalam,
TokPakirKD

PAS SELANGOR; TAK TERKOMEN LAGI

Monday, 9 January 2012

KES ANWAR; KEMUNAFIQAN NIK AZIZ TAHAP TERTINGGI

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu berpuasa dan sembayang sunat syukur kerana fitnah besar yang dilempar kepada bosnya, Anwar Ibrahim, sudah diputuskan sebagai bathil oleh Mahkamah Kerajaan yang difitnah olehnya sebagai memfitnah Anwar Ibrahim.



Persoalannya mengapakah fitnah kepada Anwar Ibrahim sahaja yang dikira sebagai lebih jahat dari membunuh oleh Nik Abdul Aziz ?.












Atas dasar setiakawan dengan talibarut-talibarutnya yang bersekongkol bersama-sama beliau dalam pakatan demokrasi, 'Ulama Penjilat Kaki Anwar' ini senyap seribu-bahasa bila fitnah yang setara dihamburkan oleh Anwar dan konco-konconya kepada musuh-musuh pakatannya.



Ini adalah kemunafiqan tertinggi seorang manusia yang mahu digelar ulama.

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji'uun !.
TokPakirKD

MAHKAMAH KANGAROO PASS...


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Antara ciri-ciri Dajjal ialah kemampuannya untuk merubah persepsi manusia-manusia yang terperdaya terhadapnya. Walaupun Dajjal sememangnya jahat dan kriteria kejahatannya sudah lebih dari mencukupi untuk mengabsahkan kebobrokannya, tetapi Dajjal pandai memilih pentas untuk memprokjeksikan dirinya.


Pentas sihir terbaik zaman ini adalah pentas kuasa rakyat yang dikenali juga dengan pentas demokrasi kuasa rakyat. Sebarang penentangan terhadapnya adalah penentangan terhadap rakyat yakni terhadap diri anda sendiri. Jika anda pembela rakyat bagaimana mungkin anda menzalimi rakyat.

Dan rakyat itu wakilnya adalah aku.


PAS tersihir dengan 'kuasa rakyat' sehingga Mahkamah Kangaroo PAS memutuskan Hassan Ali sebagai penentang 'rakyat'. Sihir Demokrasi ini hanya akan berkuasa kepada mereka yang beriman kepada kekuatan 'kuasa rakyat' yang berimamkan kepada rakyat yakni aku. Dan siapakah aku itu ?. Aku adalah kuasa rakyat.

Cuba kita teliti bagaimana penjelasan Dr Hassan Ali tentang kegagalan beliau untuk mengobat samputan sihir demokrasi yang melanda Mahkamah Kangaroo PAS sehingga beliau ditendang keluar.


Apapun, TokPakir secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada Dr Hassan Ali; antara guru pertamaku yang masih tidak berubah kecekalannya dari saat Kem Bina Insan 1990-an, dan semoga Dr Hassan dipeliharai Allah subhanahu wa ta'ala.

Wassalam
TokPakirKD

Sunday, 8 January 2012

HASSAN ALI TERKENA TULAH 'IMAM MAHADI'

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Hassan Ali mungkin tidak sedar bahawa beliau telah tersilap cakap ketika mencadangkan Nik Abdul Aziz atau Haji Abdul Hadi Awang untuk mengambilalih jawatan 'Imam Mahadi' demokrasi Malaysia.

Mana ada orang lain yang boleh mengganti maqam Imam Mahadi versi baru Jamaluddin Al-Afghani ini ?, kecuali mereka itu akan ditimpa tulah.

Haji Hadi maupun Nik Aziz hanyalah pengikut setia Imam Mahadi dan mereka sendiripun tidak akan ada keberanian untuk mengganti siImam Mahadi.

Jawatan Imam Mahadi adalah 'Anugerah Tuhan'.

Hassan Ali patut dihukum pecat dari demokrasi kerana berlawan dengan Imam Mahadi Demokrasi.

Wassalam
TokPakirKD

Tuesday, 20 December 2011

KORBANNYA SYEIKH REVOLUSI DEMOKRASI


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Sheikh Emad Effat, who was killed at the age of 52 on Friday by military police with a gunshot to his heart, was a revolutionary Islamic scholar who affected the lives of hundreds of students he tutored and taught at Al-Azhar Mosque and Dar al-Iftaa, the Muslim world’s premier institution for legal research.

Effat was killed in Tahrir Square when military police violently cracked down on a sit-in by the cabinet building. His family and students suspect that he may have been targeted because of his criticism of the ruling military council and, most importantly, due to his last fatwa, which forbade voting for parliamentary candidates associated with the Mubarak regime and former members of the dissolved National Democratic Party. Effat based that edict on the fact that regime remnants seek to subvert Egypt’s future through bribery and patronage following the revolution.

News of his death fell like a lightning bolt on hearts of his family members and students. However, they hope that his murder will further the cause of the revolution.

“Our heart is bleeding from the departure of Effat. We plan to pursue all avenues, not only to hold his killers accountable, but also to achieve all that he wanted when he went down to Tahrir, and that is to reclaim the nation for its people and to free it from its enemies,” his family said in a statement released on Saturday.

“We won’t rest until these supreme goals are met, for which his blood and that of other martyrs was shed.”

According to Effat’s wife and students, he had longed for martyrdom over the past 30 years. His e-mail is even called “shaheed_elazhari” (Al-Azhar martyr).

“He initially wanted to die while liberating Jerusalem from the hands of Israelis, but then when Egypt’s revolution erupted, he wished to be martyred in Egypt because those who kill their own people are not considered Muslims,” read the statement.

On Saturday, thousands of mourners attended his funeral at Al-Azhar mosque, including Al-Azhar officials, politicians, Christian leaders, and his students. The mourners chanted against military rule and called for the execution of Field Marshall Hussein Tantawi, head of the ruling Supreme Council of the Armed Forces.

Effat was born in Giza Governorate to Ahmed Effat, a calligrapher, and Nashwa Abdel Tawwab, a journalist at Al-Ahram Weekly newspaper. He was one of four children. Effat obtained a BA with honors in Arabic Language from the Faculty of Arts at Ain Shams University in 1991. In the late 1990s, he also obtained a Bachelor of Sharia (Islamic Law) and a Diploma in Islamic Jurisprudence from the Faculty of Sharia and Law at Al-Azhar University.

The Al-Azhar Sheikh was the director of fatwas, religious edicts, at Dar Al-Iftaa since 2003. He also worked as a Sharia researcher at the House of Authentication of Religious Studies and a researcher at MSX International Programming Company.

His research focused on Islamic jurisprudence and Sharia, in particular the Shafi’i school of thought in Sunni Islam. However, he has immense knowledge in Quran, Sunna, Sufism, monotheism, Hadith, and Arabic grammar and rhetoric.

At the start of his academic career, Effat adhered to the ultraconservative Salafi doctrine, but in his 20s, he later shifted toward a more moderate approach, rejecting literalism and advocating for a pragmatic approach to religion to modern society.

Effat, now known as the Revolution’s Sheikh, had always spoken up against injustice and was one of the few revolutionaries who defied the conservative Al-Azhar and Dar Al-Ifta, which had long supported the regime and is now trying to distance itself from politics. He opposed former President Hosni Mubarak’s dictatorship and even predicted the fall of Mubarak three months before the latter stepped down.

“He [Effat] assured me that the travel ban that the regime had put on me would be lifted soon, and when I wondered how this could happen, he said Mubarak won’t last until April 2011,” said Ibrahim al-Houdaiby, one of his students, whose great-grandfather and grandfather led the once-banned Muslim Brotherhood. Houdaiby, who is also a former Muslim Brother, had known Effat for three years and was in contact with him on a daily bases during his last days.

Effat was at the front line of clashes between protesters and security forces in Tahrir Square since the first day of the revolution on 25 January, said Houdaiby.

“I can smell the scent of paradise from a distance in Tahrir Square,” Effat used to say to his friends.

Houdaiby remembers that once they were praying together in a mosque and Effat was angered when the Imam prayed for Mubarak. Effat said that an imam or sheikh who prays for a person who humiliates his citizens is not worthy of his position.

Effat had not missed a protest or a sit-in in Tahrir Square over the past eleven months. However, he would always take off his turban and kaftan, the uniform of Al-Azhar sheikhs, before going to the protests in order not to embarrass the institution of Dar Al-Ifta, whose head and Grand Mufti of Egypt Ali Gomaa prefers to distance religion from politics.

“I once asked him [Effat] the reason why he was not wearing his Islamic outfit in Tahrir, and he said that he was there as a normal citizen who only represents himself and not Al-Azhar or Dar Al-Ifta,” said Houdaiby.

Despite his great knowledge, Effat never liked the spotlight or media attention during his lifetime, which is why his face was unknown to the public. Now, after his death, pictures of his angelic smiling face are being shared among thousands of people on social media and his image has been painted on a wall in Tahrir Square, next to location where he was shot.

He was known for his decent and humble manner in dealing with people, even with those less knowledgeable than him. Despite his high level of education, you could find him in Tahrir Square, standing alone calmly, sometimes cleaning the street.

He used to sit in a corner after prayers in Sultan Hassan Mosque as three or four people gathered around him seeking his knowledge, while much younger and less experienced Sheikhs would sit in the middle of hundreds, said Houdaiby. “He was selfless.”

Dipetik di sini.

Komen;

1. Moga-moga selepas ini ada Syeikh dari Al-Azhar yang sanggup mati demi menegakkan semula Daulah Khilafah sebagaimana yang pernah diinisiatifkan oleh para Syeikh-Syeikh Al-Azhar terdahulu, rahmatuLlah 'alaihim ajmaiin, sebaik sahaja jatuhnya Khilafah Islamiyyah Othmaniyyah.

2. Jelas bahawa keberadaannya di Tahrir Square bukan dalam kapasiti beliau sebagai tenaga Al-Azhar.

3. Moga-moga tiada yang akan menggunakan pendirian peribadi beliau, semoga beliau diampuni Allah subhanahu wa ta'ala, untuk mendakwa ada fatwa dari Badan Tertinggi Al-Azhar berhubung revolusi demokrasi Mesir.

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji'uun,

TokPakirKD



Saturday, 10 December 2011

SURAT BALASAN MELAYU KEPADA SURAT TERBUKA HAJI HADI

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menulis Surat Terbuka bertajuk "Islam didahulukan, Melayu bersamanya" kepada orang-orang Melayu Malaysia.

2 hari sudah berlalu dan kita belum lagi dapati sebarang balasan kepada Surat Terbuka tersebut.

TokPakir sebagai seorang Melayu juga tidak berminat untuk membalas Surat Terbuka tersebut kerana ianya sebenarnya adalah surat politik yang ditujukan kepada UMNO dan para pengundi sahaja.

Contohnya, sila baca petikan ini; "Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri."

Maaf ini tak ada kena-mengena dengan Melayu. UMNO lahir dari perut yang sama yang telah juga melahirkan PAS, yakni; perut tong najis Demokrasi.

Melayu sejati hanya akan berkata bahawa cermin-cerminkan lah diri sendiri agar ludah yang dilepaskan ke langit itu tidak hinggap ke batang hidung sendiri.

Wassalam
TokPakir






Friday, 9 December 2011

WAHHABI; PERINGATAN KERAS KEPADA UMNO


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

UMNO sememangnya diketahui mempunyai dasar pragmatik yang boleh menganjalkan diri ketahap maksimum demi untuk survivalnya.

Sudah diketahui umum bahawa UMNO telah dengan banyaknya, terutama di era Najib, melahirkan banyak pendekatan yang memberi keringanan dan mempermudah-mudahkan isu-isu asas berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Agama Islam.


UMNO mutaakhir ini sudah merelakan dirinya menjadi seolah-olah seekor keldai untuk ditunggang oleh satu kaum yang muflis Aqidahnya, semata-mata untuk bersaing dengan PAS yang sememangnya diketahui telah lama dimufliskan oleh kaum muflis yang sama. Pekung kaum Muflis Wahhabi kini sedang terburai satu persatu yang membuakkan nanah dan ulat yang sangat meloyakan.

Kaum Muflis Wahhabi ini sedang mencari-cari apa sahaja benteng yang dapat dijadikan tempat perlindungan oleh mereka akibat sumpahan dari Allah subhanahu wa ta'ala.

Sayugia diingatkan kepada UMNO bahawa golongan Ahl Sunnah Wal Jama'ah yakni mereka-mereka yang bertauhidkan dengan kaedah tauhid yang haq salafus-soleh yang juga dikenali ramai sebagai Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah adalah golongan yang tidak akan dikalahkan oleh mana-mana pihak sekalipun.

Ini adalah janji Allah subhanahu wa ta'ala sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Qur'an Al-Hakim. Sejarah pertarungannya dengan kesesatan yang melebihi 1 abad sudah menjadi bukti yang nyata akan keberkatan golongan ini dan di akhirnya ianya juga akan menjadi sebegitu dengan kehendak dan iradahNya.

Bahkan, di Tanah Melayu ini, juga di Nusantara maupun di mana-mana tanah pun di atas mukabumi ini mereka terus maju walaupun terpaksa menghadapi fitnah-fitnah yang dibawakan oleh kaum-kaum yang tunduk kepada Dajjal.

Ahl Sunnah Wal Jama'ah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah memiliki kekuatan survival yang amat panjang dan tidak mampu ditandingi oleh mana-mana pihak sekalipun.

Bukti kedangkalan pandangan kaum yang tersisih dari faham yang haq ini dapat dilihat dari Wacana yang baru sahaja diadakan diantara pelopor faham Wahhabi dan pejuang Ahl Sunnah Wal Jama'ah; Ustaz Abu Syafiq hafizahuLlah (klik), juga seperti di bawah.


Kesimpulannya, jika UMNO mahu sekurang-kurangnya selamat di sudut aqidahnya, silalah membakul-sampahkan makhluk-makhluk yang sedang bertenggek di belakang UMNO yang sedang mengkeldaikan UMNO ke dalam perigi buta kehancuran.

Ambil lah iktibar dari taufan kemusnahan yang telah melanda PAS hasil dari perbuatan tangan kaum yang tersisih ini.

Wama tawfiqi illa biLllahi wal hamduliLlahi Rabbil 'alamiin.
TokPakir

Monday, 5 December 2011

Bangunlah, bangunlah, tanamannya telah bersemi



BismiLlaahirRahmaanirRahiim




WalhamduliLlaahi Rabbil 'alamiin

TokPakirKD

Friday, 18 November 2011

RADIO SOLAR KRISTIAN; OXFORD GAGAL MEMBIJAKKAN ASRI


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Komen Asri terhadap JAIS dalam isu Radio Solar jelas membuktikan kegagalan dan kemelesetan asuhan Oxford terhadap masaalah Penyakit Hasad Dengki (PHD) yang dideritai oleh Asri.

Asri terlalu cepat melenting sehingga beliau tidak mampu meneliti dengan saksama akan kenyataan jawapan YB Dato' Dr Hassan Ali kepada soalan tentang cara, ulang sekali lagi: CARA.... pendakyahan Kristianiti sebagaimana 8 cara-cara seperti yang diinputkan oleh JAIS.

Jika Asri sedang menjawab soalan esei di dalam ujian sekolah rendah sudah pastilah Asri akan mendapat markah merah tercorot kerana terburu-buru membaca soalan sehingga memberi jawapan yang tidak tepat.

Penyakit terburu-buru ini adalah kerana rakan yang tidak dapat dilihat oleh Asri telah berjaya bertenggek diatas bara api kemarahan yang meluap-luap di jantung hati Asri, sehingga kemudiannya meluncurlah idea yang bukan-bukan dari otak beliau yang menjadi kurang berakal. Fenomena ini adalah satu perkara yang amat biasa kepada kaum yang digelar sebagai Kaum Muda yang terbawa-bawa dengan fi'il mahagurunya Ibnu Taimiyyah, Pak Wahabbi dan sebagainya.

Kejayaan kerja missionaris kristian memurtadkan Ummat Islam dan cara pendakyahan missionaris kristian adalah dua hal yang berbeda.

JAIS melalui Dr Hassan Ali sebenarnya telah memberi jawapan yang tepat berbanding dengan komen Asri yang terbabas dan menunjukkan kekurangan disudut pemahaman tajuk perbincangan.

Oxford nampaknya tidak mampu meningkatkan kemahiran berfikir Asri. Apa tidaknya, Oxford yang dibanggakan itu hanyalah tinggalan Yakjuj Makjuj Imperialis yang akan menjadi tong sampah dalam masa terdekat.

InnaliLlaahi wainna ilaihi rooji'uun !
TokPakirKD

Friday, 4 November 2011

ASRI DAN MELAYU TALIBAN YANG SEMACAM TALIBAN


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Pada piawaian Hak Asasi Demokrasi walaupun Asri telah menuduh ramai pihak sebagai Taliban, Asri juga adalah Taliban. Taliban, Al-Qaeda, JI dan sebagainya adalah musuh kemanusiaan dan kebebasan pada mereka.


Asri adalah sebahagian dari individu-individu Taliban Yang Tak Semacam Taliban (Not Quite The Taliban) sebagaimana yang ditonjolkan oleh Filem Not Quite Taliban. 'Not Quite The Taliban' melambangkan kelukaan hati dukacita yang amat mengguriskan kecewanya oleh sang penganut seks liberal ketika menghadapi masyarakat yang penuh dengan hipokrasi yang memilih-milih jenis kebebasan mengikut selera mereka sahaja hinggakan kebebasan tidak dibebaskan dengan sebebas-bebasnya.

Mungkin masa akan merubah Taliban Yang Semacam Taliban seperti Asri dan lain-lain Melayu yang tidak cukup 'kool', sebagaimana Arab yang sudah ramai kehilangan ke'kool'lan mereka supaya menjadi seorang Taliban atau Musuh Taliban yang sebenar.


Inikah mungkin jenis generasi baru yang akan lahir di masa hadapan yang akan menghalalkan atau mengharamkan sesuatu mengikut prinsip Halal Haram Hak Asasi Manusia versi Yakjuj Makjuj Demokrasi ?

WAllahu a'lam
TokPakirKD





Sunday, 25 September 2011

DAP; NIK AZIZ BAPA MUNAFIQ, PAS PARTI MUNAFIQ


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Pada 18 Dis 2009 PAS-PKR-DAP bersetuju jika mereka membentuk Kerajaan Persekutuan, maka penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam tidak termasuk didalam dasar pakatan pembangkang dan tidak akan dilaksanakan.

Pada 22 Sept 2011 pula Nik Abdul Aziz mahu menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud di Kelantan.

Apabila Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassallam membuat perjanjian dengan kafir Quraiysh, Baginda sallAllahu ‘alaihi wassallam tidak pernah memungkiri janji.

PAS mengambil teladan dari perjanjian sebegini untuk melaksanakan tahalluf siayasi demokrasi dengan PKR-DAP walaupun tahalluf sebegini telah menyia-yiakan Agamanya. Kini PAS telah mengingkari Perjanjian mereka sehingga PAS sudah dikira sebagai mengkhianati janji.

Yang lebih malangnya PAS sebelum ini telah dengan sengajanya ditabalkan oleh PKR-DAP dan kaum yang bersama-samanya termasuk komunis, liberalis, feminis, sosialis dan lain-lainnya sebagai satu-satunya otoriti Agama Islam yang diterimapakai kredibilitinya di Tanah Melayu ini. Kafir munafiq ini sengaja berbuat demikian untuk menggerhanakan atau melemahkan kesatuan Melayu-Islam yang sebelum ini sentiasa berpayung kepada otoriti Agama yang diijma'kan oleh Ahl Sunnah Wal Jama'ah melalui Raja-Raja Melayu.

Dengan pelanggaran janji ini, PAS telah membuka ruang kepada PKR-DAP untuk memperlekehkan Islam yang dikira sebagai sinonim dengan PAS.

Ini adalah kerana di dalam demokrasi yang diimani oleh para ahli-ahli demokrasi Tanah Melayu, PAS adalah Partai Islam SeTanah Melayu, yakni; Islam. Imej Islam secara otomatik menjadi tercemar dan keadaan ini akan diperalatkan oleh musuh-musuh Islam untuk memperkukuhkan hujjah mereka bahawa Ummat Islam adalah manusia yang suka berkhianat.

DAP dengan itu bolehlah menuduh PAS sebagai munafiq.

Jika pada asalnya tujuan PAS bertahalluf adalah untuk memperteguhkan keyakinan kafir supaya kemudiannya mendekati dan memahami Islam, hal yang berlaku kini adalah di sebaliknya. Para kafirin ini sudah mempunyai satu dasar yang kukuh untuk mengajar pengikut-pengikutnya bahawa penganut Islam walaupun seorang Ulama seperti Nik Abdul Aziz tetaplah adalah seorang yang khianat, munafiq dan tidak boleh dipercayai. Ulama-Ulama Islam yang lainnya pun memanglah begitu juga.

Kesannya ialah semakin jauhlah mereka dari Agama Islam yang sebenar-benarnya yang pada hakikatnya tidak pernah pun begitu dan mulalah berkembang Islamofobia.

Nik Abdul Aziz perlu sedar bahawa beliau kini sedang melakukan jenayah salah-pengertian (misrepresentation) pengkhianatannya yang disama-ertikan dengan kelemahan yang ditujukan kepada Agamanya. Apa yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz ini adalah serupa sahaja dengan jenayah-jenayah salah-pengertian yang pernah dilakukan oleh para pemuka Kaum Muda yang bermula dari Jamaluddin A-Afghani, Muhammad Abduh, Syed Syeikh Al-Hadi, Mat Indera dan sebagainya.

Inilah kaum-kaum dajjal laknatuLlah yang telah banyak menconteng arang kepada wajah Agama Suci ini akibat pengambilan dasar yang salah dalam melakukan persembahannya yang dieksploitasi pula kemudiannya oleh musuh Agama.

Jika sebelum ini Nik Abdul Aziz menuduh UMNO sebagai juara yang banyak menjauhkan kaum Kafirin dari memahami Islam dalam wajahnya yang asli, dalam kes ini Nik Abdul Aziz pula yang sedang mengambil peranan yang sama.

Dosa Nik Abdul Aziz pasti lebih besar kerana Nik Abdul Aziz lebih mahir membaca ayat-ayat dan penghujjahan bercorak keAgamaan berbanding UMNO.

Ini satu lagi bukti jelas tentang kedajjalan demokrasi dan Kaum Muda yang dangkal fikirannya.

Wassalam.

TokPakirKD

Friday, 23 September 2011

KENALI PEJUANG KHILAFAH MELAYU YANG HAQ, DAN BUKANNYA KAUM MUDA YANG MENIPU


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

"Syaikh Abdul Samad al-Falembani sendiri telah mengetuai pasukan jihad kerajaan Kedah menentang penaklukan Siam sehingga sampai ke kawasan Chenok, di utara Pattani. Di sanalah beliau menemui kesyahidannya dan sehingga kini kubur yang disemadikan kepalanya yang dipenggal itu masih terpelihara di bawah naungan cengal yang besar.


Begitu jugalah dengan sebahagian ulama tradisional yang telah berjuang dengan gigih menentang penjajahan seumpama Syaikh Daud Abdullah al-Fatani dan barisan ulama Pattani, para ulama Acheh bergenerasi, Syaikh Yusuf Taj al-Khalwati al-Makasari (link) dan pengikutnya yang terbuang sehingga ke Ceylon dan Afrika Selatan, Raja Ali Haji yang masyhur dengan keberanian di medan tempur sehingga menmui syahid di Tanjung Ketapang, Syaikh Abdul Rahman Limbong, Terangganu yang dibuang negeri oleh pihak Inggeris ke Makkah.

Mereka adalah ahli zikir, mereka adalah ahli kerohanian yang mengamalkan tariqah tertentu, mereka bertaqlid kepada kepada mazhab Imam Syafi’ie dan mereka adalah para mujahid yang berjuang. Perjuangan mereka tidak didesak dan dipengaruhi oleh tulisan-tulisan kaum muda, bahkan kepatuhan mereka kepada ajaran Islam secara tradisional itulah yang telah menjadi ruh kepada perjuangan dan jihad mereka.

Dr.Ibrahim Abu Bakar dari UKM telah membuat beberapa penelitian terhadap tulisan Syed Syaikh Al-Hadi, di antaranya di dalam kertas‘Pemikiran Politik Muslim Modenis beranggapan dan Fundamentalis –Satu Perbandingan Ringkas’, Dr. Farouk mengambarkan seolah-olah yang Syed Syaikh al-Hadi dan ‘gerakan tajdid-nya yang bertanggung-jawab meniupkan semangat perjuangan kemerdekaan.

Dr. Ibrahim mengatakan:Di samping alasan ekonomi, keselamatan dan kebebasan kepada Muslim berada di bawah pemerentahan Inggeris di Malaya, al-Hadi juga menggunakan beberapa ajaran Islam untuk memberikan justifikasi dan legitimasi kepada sikap dan pandangannya supaya Muslim di Malaya tidak menentang Inggeris dan memikirkan kebaikan yang dibawa oleh pemerentahan Inggeris kepada mereka.

Pertama, ajaran Islam supaya berlaku adil dan menegakkan keadilan. Islam mewajibkan pemerentah berlaku adil menegakkan keadilan. Al-Hadi melihat keadilan dan keamanan dan kebebasan wujud di bawah pemerentahan Inggeris di Malaya. Beliau menyamakan Inggeris dengan tentera Tuhan yang dikirimkan ke Malaya untuk menyelamatkan Muslim di Malaya daripada penindasan dan kezaliman pemerentah yang beragama Islam dan berfahaman feudalisme. Al-Hadi menyatakan Inggeris adalah satu kumpulan tentera daripada Tuhan seluruh alam yang telah memerentah mereka datang untuk membebaskan kita daripada kegelapan, penjara kejahilan, kezaliman dan kejahatan dan daripada kekejaman ketua-ketua kita sendiri (ibrahim 1994:159). Persepsi negative al-Hadi terhadap ketua-ketua Melayu berfahaman feudalisme ini membawa pengertian yang sama dengan penjelasan Shaharuddin Maaruf yang menulis “in the Malay feudal history there were frequent wars among the rival chiefs. Besides causing loss of lives, these wars caused economic distruption and poverty among the subject” (Sharuddin 1984:29)

Kedua, al-Hadi merujuk kepada al-Quran, surah al-Anbiya (21:105) yang mengatakan bumi diwaisnya oleh hamba-hamba-Ku yang salih. Salih dalam fahaman al-Hadi termasuk berlaku adil dan menegakkan keadilan di bumi atau di dunia. Al-Hadi memberi tafsirannya kepada konsep hamba yang salih sebagai mereka yang berupaya dan mampu memerentah dengan baik dan betul, memberikan kemakmuran dan menarik lebih penduduk dengan keadilan dan persamaan dan dengan penyebaran ilmu dan keamanandi daerah pemerentahan mereka sekalipun mereka adalah musyrikun. (ibrahim 1994:159-160)

Ketiga, al-Hadi merujuk kepada Quran, Surah Hud (11:117) yang mengatakan bahawa Tuhan tidak memusnahkan perkampongan dengan zalim sedangkan penduduknya adalah muslihun(orang salih). Tafsiran al-Hadi kepada Quran (11:117) adalah Tuhan tidak akan memusnahkan negeri-negeri kerana kemusyrikan atau kesyirikan penduduknya sedangkan mereka tidak menambah kepada kesyirikan itu kezaliman dan kemusnahan tetapi mereka melakukan kebaikan dan keadilan di kalangan mereka. Kezaliman diberi tafsiran kesyirikan. Semata-mata kesyirikan wujud di kalangan penduduk di sesuatu negeri. Tuhan tidak memusnahkan penduduk di negeri berkenaan selama mereka adalah muslihun (ibrahim 1994;160-161)

Keempat, al-Hadi merujuk kepada Quran, Surah Rum (30:30) yang mengatakan mengenai fitrah Allah yang dijadikan manusia di atas fitrah itu. Fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah kepada manusia ditafsirkan al-Hadi sebagai peraturan Allah kepada manusia di dunia ini. Peraturan itu meliputi sifat semulajadi manusia mahu mencari kelebihan di dunia, dan manusia mesti berusaha dan berjuang untuk kesurvivilan mereka di dunia. Bnagsa-bangsa Eropah termasuk Inggeris telah mengikut fitrah manusia berkenaan, di mana mereka mencari kelebihan dan ketinggian melalui akal yang waras, ilmu yang luas dan kuasa. Mereka mencapai kekayaan, penghormatan dan sedemikian rupa kerana mereka telah mengikut fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah kepada manusia. (Ibrahim 1994:163-164)

Dr. Ibrahim membuat kesimpulan:

Mereka [golongan modenis; Syed Ahmad Khan di India. Muhammad Abduh di Masir dan al-Hadi dii Malaya] akhirnya menaja dan menyebarkan politik berbaik dan bekerjasama dengan penjajah Inggeris untuk kemajuan Muslim di dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan mereka tidak mahu Muslim menentang pemerentah Inggeris. Ketiga-tiga Muslim modenis berkenaan tidak mengemukakan idea atau wawasan Negara Islam “Islamic State” atau kerjaan Islam “Islamic government”sebagai jalan keluar kepada kelemahan Muslim di bawah penjajahan pemerentahan Inggeris. Mereka mahu Muslim berfikir mengenai kebaikan yang mereka telah perolihi dan akan perolihi daripada penjajahan dan pemerentahan Inggeris di negeri atau Negara mereka. Untuk itu, tiga Muslim modenis berkenaan tidak menggunakan ajaran atau sejarah Islam untuk menentang Inggeris atau menuntut kemerdekaan daripada Inggeris. Malahan mereka menggunakan ajaran Islam dan peristiwa-peristiwa dalam sejarah Islam untuk Muslim berbaik sangka dan bekerjasama dengan pemerentahan Inggeris untuk kebaikan Muslim sendiri. Mereka tidak menjadikan pengaruh dan penguasaan asing iaitu Inggeris sebagai musuh utama dan musuh ketat mereka. Sebaliknya, ketiga-tiga Muslim modenis itu menjadikan penyebab utama kemunduran dan kelemahan umat Islam adalah Muslim tradisionalis, Muslim konservatif, ketua-ketua Muslim yang feudalis dan Muslim yang tidak mengamalkan suruhan-suruhan Islam dalam kehidupan mereka.

Sengaja dipetik tulisan Dr. Ibrahim Abu Bakar dengan cara yang agak detail ini untuk menunjukkan yang agak sulit untuk diterima bahawa semangat penentangan terhadap pihak Inggeris, perjuangan kemerdekaan itu datangnya dari tokoh yang sangat mengkagumi Inggeris itu sendiri, kecuali Dr. Farouk mendatangkan bukti-bukti yang nyata untuk menjelaskan kefahamannya itu. Kita boleh sahaja tidak bersetuju dengan pandangan Dr. Ibrahim sekiranya terdapat petunjuk-petunjuk yang nyata menyalahi pandangan beliau. Itulah semangat tidak bertaqlid yang ingin kita sama-sama suburkan."

Dipetik di sini.

Semoga Allah subhanahu wa ta'ala merahmati pengkaji Syeikh Abdullah Zaidi bin Hassan hafidzahuLlah atas kajiannya yang mantap.

Demikianlah perbedaan asas di antara Pejuang Ahl Sunnah Wal Jama'ah berbanding Kaum Muda yang sesat lagi menyesatkan. Kaca dan permata tetap tidak akan sama.

WalhamduliLlahi Rabbil alamiin.

TokPakirKD

Wednesday, 14 September 2011

MAT SABU MESRA DGN KETUA REJIMEN KOMUNIS ABDULLAH CD IDOLANYA


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Berbalas-balas hormat.

Abdullah CD juga dikenali sebagai Che Dat, bukan Che Det........

Mungkin boleh belajar mesra dan berkasih-sayang dengan orang Melayu Islam juga.

Wassalam
TokPakir


Sunday, 4 September 2011

KOMUNIS & RAM SINGH; KARPAL CABAR PAS BERDEBAT ?....


BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Tn Ibrahim Tn Man (PAS) mahu mencabar perdebatan sehubungan status barua Komunis Mat Indera yang mahu diangkat statusnya sebagai Pahlawan Khilafah Tanah Melayu setaraf Tok Janggut, Tok Bahaman dan lain-lainnya rahmatuLlah alaihim ajma'iin.


Tn Ibrahim mungkin perlu baca kembali sejarah tentang Tok-Tok Guru Pondok di antaranya di Tanah Melayu Kedah yang bersenjatakan Kalimah Tauhid dan parang-parang panjang mengistiharkan Jihad Fi SabiliLlah terhadap kaum Komunis dan barua-baruanya. Siapalah Tn Ibrahim dan pukul borong semua Ustad-Ustad Firqah Gila Undi Demokrasi ini berbanding Tok-Tok Guru Pondok tersebut ?.

Contohnya boleh dibaca di sini dan di sini.

Kaum Muda yang sentiasa mengambil jalan mudah kebulur undi sememangnya amat jauh dari jalan sebenar yang dibawa oleh Ulama Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Demikian lah PAS dahulu, kini dan selamanya.

Sebelum debat mahu dibuat dengan sesama Melayu Islam ada baiknya PAS berdebat dengan maula serta sekutu Kafirnya; Karpal Singh, tentang status Ram Singh (klik). Karpal Singh pasti akan membela British kerana Karpal Singh adalah anak kepada Ram Singh.

Wassalam,
TokPakirKD

Monday, 29 August 2011

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

"Sesungguhnya kaum Musyrikin itu adalah najis......"; maksud ayat Al-Qur'an Al-Hakim Surah At-Taubah. Maka demikianlah keadaannya dengan para Musyrikin Komunis yang tidak berTuhan itu.

Maka bagaimanakah Mat Sabu boleh menyamakan nilai darah As-syahid Tok Janggut dan para pejuang Melayu Islam dengan Kaum Komunis dan para Munafiqin yang tidak mahu berwala' kepada Khalifah Melayu Islam ?.

Hal ini mengesahkan bahawa PAS kini lebih layak sebagai Platform Ahzab Salibiyyah untuk menghancurkan Ummat Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

Ucapan Eidul Fitri; "TaqabalAllahu minna wa mingkum" kepada seluruh Ummat Melayu Islam yang masih mengenali jatidiri mereka yang berpayung di bawah Ijma' para Ulama Ahl Sunnah wal Jama'ah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah.

Wassalam
TokPakirKD


Monday, 15 August 2011

NIK AZIZ ARAH BUANG SEMUA PEMBESAR SUARA DI KOTA BHARU ?

BismiLlaahirRahmaanirRahiim

Jika ada anugerah Bandar yang memiliki paling banyak pembesar-pembesar suara maka Kota Bharu sudah pastilah akan mendapat anugerah nombor terwahid.


Serombong-serombong pembesar suara dapat dilihat di merata-rata ceruk di Bandar Kota Bharu hatta di dalam pasar ikan maupun di tandas-tandas awam.


Idea untuk melengkapkan Bandar Kota Bharu dengan sebanyak-banyak pembesar suara datangnya dari idea sang Mujaddid Jadi-Jadian yang ditabal oleh kaumnya yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Mujadid Jadi-Jadian ini memiliki satu kepelikan yang amat menjengkelkan.

Dahulunya, Kota Bharu ‘Bandaraya’ Islam ini dikatakan berjaya diIslamkan dengan laungan-laungan Azan, bacaan-bacaan Al-Qur’an serta ceramah-ceramah propaganda ideologi khawarijsme kepartian yang dapat didengungkan ke anak telinga setiap Warga ‘bandaraya Islam’ Kota Bharu dengan bantuan pembesar-pembesar suara yang berada hampir disetiap 200 meter radius jalan-jalan dalam Bandar Kota Bharu. Inilah satu-satunya tanda Islamnya Kota Bharu.

Dengan kemudahsampaian syi’ar-syi’ar partai Islam itu maka kagumlah Sang Mujaddid Jadi-Jadian itu bahawa sudahlah bersyahadah Kota Baharu itu dengan ketauhidannya dan bolehlah ia dipakaikan dengan pakaian kemegahan ‘Bandaraya Islam’.

Kini Warga ‘Bandaraya’ Islam ini gempar dengan beberapa kejutan-kejutan beruk seruan pembaharuan oleh Sang Mujadid Jadi-Jadian Kaum Muda yang mudah berfikir bahawa; “perbuatan itu (pengunaan pembesar suara) tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara.”

Aduh !!, Sang Mujaddid Jadi-Jadian ini nampaknya telah menjilat habis setiap muntahan qaul klasik yang dahulu yang telah terjeluak dari perut hijaunya. Ini adalah qaul 'Negara Islam' yang lapuk dan tidak relevan dengan piawaian-piawaian pengurusan perbandaran 'Negara Berkebajikan' yang baru, demikianlah kata beliau.

Ironis pula ialah sikap hipokrasi seorang mantan Mufti Minda Blur Bahtera Tajdid yang amat maklum tentang praktis bida’ah dholalah yang sesat oleh Sang Mujaddid Jadi-Jadian ini tetapi tidak pernah pula ditegurnya.

Tetapi, kesempatan melanyak musuh yang melakukan ‘kesesatan’ sebanding di Tanah Berpulau terus digarapnya dengan penuh cekap. Dihunusnya senjata ijtihad jahatnya kepada musuh-musuh tradisinya.

Kita ada dengar ura-ura dari Pihak Berkuasa Perbandaran untuk memulakan operasi melupuskan pembesar-pembesar suara di Bandar Kota Bharu ; Bandaraya Berkebajikan, yang kini dianggap sebagai punca pencemaran suara yang amat mengganggu keamanan dan kebajikan Bandar.

Pembuat bising mesti dihukum walaupun mereka membaca Al-Qur’an, bernasyid atau berceramah.

Ceramah mingguan PAS di Dataran Ilmu Kota Bharu akan menjadi sasaran pertama operasi ini.

Kita tunggu ulasan Mujaddid tentang kejayaan operasi membenteras pencemaran bunyi yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Wassalam

TokPakirKD